Sunday, May 15, 2011
SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru untuk semua ahli Perkep yang juga seorang guru. Tidak dapat dinafikan jasa guru pada kita semua. Tanpa guru kita tidak akan jadi seperti sekarang. Masih terkenang di ingatan- Cik gu Yusuf semasa belajar disekolah rendah.... ketekunannya mengajar kami di waktu itu.... penuh keikhlasan. Dia tidak pernah merotan, menengking atau marah2. Air matanya akan bergenang setiap kali beliau kecewa dengan keputusan peperiksaan kami. Masih terbayang wajah hampanya. Tapi waktu itu kami tidak pernah ambil kisah perasaan guru. Tetapi di hari terakhir semasa darjah 6 kami satu kelas menangis kesedihan selepas mendengar amanat terakhir Cik gu Yusuf sebelum kami ke sekolah menengah. Masih terngiang di telinga segala nasihat dan luahan hatinya. Baru kami sedar beliau amat sayangkan kami semua... sayangkan bangsanya.... kata terakhirnya... bangun lah bangsaku kerana bangsa yang berilmu yang akan di hurmati. Tanpa ilmu samalah seperti sampah di tepi jalan .....Al fatihah untuk Cik gu. Jasamu tidak pernah dilupakan' TERIMA KASIH CIK GU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment