Friday, May 27, 2011

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI..........

     Makna nya musim kenduri kawin dah tiba. Banyak betul undangan kemajlis perkahwinan di terima. Terima kasih di ucapkan dan tahniah semuanya ! semoga berbahagia hingga akhir hayat. Mustahil rasanya untuk memenuhi setiap jemputan..Maaf sekiranya jemputan tak dapat dipenuhi... tapi di iringkan doa agar semuanya sempurna seperti yang dihajatkan. Di sini ada 3 majlis perkahwinan yang akan berlangsung. Sama-samalah kita membantu menjayakan majlis sahabat-sahabat kita ini. Selamat menerima menantu dan diharap semuanya berjalan seperti dirancang. Amin....
     Dipenghujung cuti sekolah pada 12 Jun nanti satu bengkel untuk remaja perempuan akan diadakan... yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan. Remaja berumur 10 - 15 tahun dialu-alukan untuk menyertainya. Jangan lepaskan peluang kerana semuanya percuma untuk anak-anak kita. Sama-sama lah kita memberi sokongan demi memberi pendedahan dan pendidikan pada remaja. Untuk semua selamat bercuti dan selamat balik kampung... berhati-hati dijalan raya..

No comments:

Post a Comment