Program Mesra Jiran bulan ini telah berlangsung pada 22 Mei 2011. Sungguh meriah dan berwarna warni. Tema AJK bulan ini MERAH. Wah wah wah macam gelombang merah lah pulak ye..... Tapi kali ini berlainan sikit sebab Pengacara nya lelaki sebab ramai anggota yang hadir memberi sokongan. Terima kasih tuan-tuan semua - kami amat hargai. Ketiga-tiga blok ini hanya mempunyai 24 keluarga sahaja sebab blok nya pendek dan jauh nun di belakang tapi penghuninya amat peramah dan riuh rendah. Yang paling istimewa sekali semua pandai memasak. Hidangan yang di hidangkan semua hasil air tangan mereka sendiri dan sedap2 belaka. Kawasan sekeliling nya kemas dan bersih. Semuanya nampak tersusun. Tahniah semua dan terima kasih atas layanan mesra pada semua AJK.
Sungguh merah si buah saga
Merah lagi baju kita
Semua hidangan sedap belaka
Rasa nak makan sampai licin semuanya.......
Kemesraan terjalin antara kita
Menjadi kenangan sepanjang masa
Ingat lah walau dimana kita berada
Tali persahabatan kekal bersama
No comments:
Post a Comment