Saturday, December 22, 2012

PROGRAM KESIHATAN MENTAL - PSYCHOEDUCATION

     Pernah dengar Mentari Simee? Apa itu....semua tertanya2 bagitu juga dengan kami semua sebaik menerima surat jemputan untuk hadir menyertai program tersebut pada 29 Nov dan 13 Disember yang lalu. Kebetulan tiada rancangan lain ahli Perkep seramai 15 orang telah hadir menyertai program tersebut. Kami telah membuat pilihan tepat kerana program ini amat menarik dan berfaedah sekali. Mentari Simee adalah pusat kesihatal mental komuniti yang bertempat di Klinik Kesihatan Kg Simee, Ipoh - yang berperanan sebagai pusat rujukan penyakit mental dan rawatan susulan untuk pesakit mental yang sudah discaj dari hospital. Mereka juga memberi bantuan dan sokongan pada ahli keluarga yang menjaga pesakit mental.

     Ahli keluarga juga mempunyai sebuah persatuan yang dinamakan KAMI. Persatuan ini amat aktif menjalankan aktiviti, menganjurkan kursus untuk ahli keluarga, bersantai ditempat-tempat menarik dan mengadakan majlis makan malam dll. Amat terharu melihat mereka bersungguh2 membantu satu sama lain...sama-sama berkongsi masalah dan sama-sama mencari dana untuk menjayakan program mereka. Stigma tentang penyakit mental.....seperti kata Presidennya ....bukan senang menjaga pesakit mental, hanya orang yang merasai saja yang memahami.....jadi dengan adanya persatuan ini mereka dapat berkongsi masalah dan meluahkan perasaan pada yang memahami....

     Amat terharu sekali bila seorang gadis- pesakit skizoprenia bertanyakan soalan pada doktor pakar yang sedang memberi ceramah."bolehkah saya berkahwin seperti orang lain?" Manis orangnya berusia 24 tahun dan masih dalam rawatan...soalan bagitu tulus dan ikhlas....bayangkan kalau dia adalah adik, anak atau saudara kita? Sebenarnya kata doktor mereka boleh hidup normal seperti orang lain jika diberi sokongan dan rawatan yang betul...tapi jika dibiarkan jadilah gelandangan dijalanan...
Kami dapat banyak pengetahuan baru....belajar urut menghilangkan stress, bersama-sama memukul gendang...ha..ha...seronok bersama ahli KAMI. Semua meninggalkan kenangan yg sukar dilupakan...

En Hairullida mengajar urutan hilangkan stress

Ini baru tukang urut betul.....

wah sedapnya bila diurut ye....


Semua seronok bergendang
Ahli Perkep bersama 2 org pesakit dgn jualan mereka
Asyik mendengar ceramah

Bersama Presiden KAMI, En Hairul dan Dr Kaur


 





No comments:

Post a Comment