Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

     Assalamualaikum semua ahli Perkep,
     Tahun 2012 sudah melabuhkan tirainya...terasa amat pantas sekali masa berlalu...baginilah keadaannya diakhir zaman. Marilah bersama-sama kita menyambut tahun baru dengan semangat baru tidak kira lah apa azam anda...yang penting jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Sama-sama lakukan yang terbaik yang dapat memberi faedah pada semua....tinggalkan jasa yang akan menjadi sebutan dan kenangan bila kita dah tiada lagi disini.
     Banyak yang kita lakukan untuk tahun 2012 dan diharap tahun ini kita akan lakukan dengan lebih baik untuk faedah semua. Cadangan dari anda semua amat di alu-alukan untuk kebaikan bersama...dan sediakan usul-usul bernas untuk mesyuarat agung kita pada 19 hb nanti dan penuhkan dewan ya untuk tahun ini. Kerjasama dari semua amat diharapkan..tanpa sokongan anda Perkep tak akan kemana. Ingat lah bersatu kita teguh, bercerai akan roboh lah semuanya. Sekian

No comments:

Post a Comment