Thursday, July 21, 2011

LAWATAN PERPISAHAN - PERSARAAN KOMANDER FRU MALAYSIA

     Hari ini dalam sejarah - 20 July 2011
     Lawatan perpisahan Dato' Roslan Komander FRU Malaysia dan isteri Datin Rossnah amat bermakna sekali bagi anggota dan Perkep PSP 5 Ipoh. Kemesraan mereka berdua amat dirasai oleh semua. Sikap terpuji mereka berdua disenangi semua. Setelah menerajui FRU selama 4 tahun akhirnya sampai juga waktu persaraan pada bulan September nanti. Datin Rusnah sudah tidak asing lagi bagi ahli Perkep kerana beliau sudah beberapa kali membuat lawatan kesini. Kedatangan beliau sentiasa dinantikan kerana sifatnya yang amat menghormati orang lain tanpa mengira pangkat. Terima kasih Datin! kenangan bersama Datin tetap tersemat dihati. Semoga Datin sekeluarga akan terus berbahagia dan dirahmati Allah selalu. Kami juga mengucapkan selamat menunaikan ibadah Haji dan mendapat Haji yang Mabrur ,sihat sepanjang menunaikan ibadah. Amin.
Kenangan bersama Dato' Roslan dan Datin Rossnah di Istana Negara


Apa diharap padi seberang
Belum tentu masaknya ranum
Sungguh istimewa Datin seorang
Dimana-mana sentiasa tersenyum

Selamat bersara Dato' dan Datin
Panjang usia bertemu lagi
Mohon maaf zahir dan batin
Layanan kami yang tak seperti.........

Menunggu dgn jambangan bunga


Menandatangani buku lawatan


Pegawai dan anggota bersiap sedia untuk Paluan Berundur


Berposing di kedai bunga bersama Datin
Selamat jalan Datin

Datin sempat membeli bunga

No comments:

Post a Comment