Thursday, July 21, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

     Ramadhan tiba lagi. Untuk semua ahli Perkep saya ucapkan selamat menyambut bulan yang penuh barkah dan rahmat. Bersama-samalah kita mengimarahkan surau dengan bertarawih beramai-ramai. Tadarus al quran akan diteruskan disurau setiap pagi jam 9 hingga 11 setip hari.
     Sempena menyambut hari Perkep pada 3 Ogos bersamaan 3 Ramadhan, majlis bacaan Yassin akan dibuat disurau pada waktu yang sama. Dijemput sesiapa yang berkelapangan untuk sama-sama meyertai majlis tersebut. Semoga niat suci kita diberkati Allah.
     Dikesempatan ini ingin saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua AJK dan ahli yang bertungkus lumus membantu demi menjayakan majlis perpisahan Komander FRU pada 20 July lepas. Saya amat bertuah, terharu dan berbangga mempunyai barisan AJK dan ahli yang sentiasa memberi sokongan padu setiap masa bila diperlukan. Tanpa anda semua perjalanan Perkep tidak semudah ini. Syabas semua!

No comments:

Post a Comment