Ceramah bertajuk Rumahku syurgaku apa resipinya? telah diadakan pada 26 Jun 2011 di Dewan Annex PSP. Ceramah yang amat menarik ini telah disampaikan oleh Alfazil Ustaz Harith Padzilah Hj Abdul Halim. Beliau merupakan Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Ceramah motivasi ini telah dianjurkan oleh Biro pendidikan Perkep PSP 5. Ramai ahli Perkep dan anggota hadir memberikan kerjasama. Ceramah yang padat dengan tips untuk menjadikan rumahku syurgaku....penuh dengan jenaka meriah dan santai. Masa 1setengah jam bagitu cepat berlalu..... inti pati yang sempat dipetik:
1. Menjaga hubungan dengan Allah dan manusia
2. Berjemaah selalu dengan keluarga....makan, solat, kerja, sukan dll
3. Ziarah menziarahi... kerana tetamu membawa rahmat
4. Membaca Al Quran selalu
ORANG YANG CEMERLANG ADALAH ORANG YANG PALING LEMBUT DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA
 |
Terima kasih daun keladi
Ceramah Ustaz tersemat dihati
Lain kali kami jemput lagi
Terimalah cenderahati dari kami... |
No comments:
Post a Comment