Program anak angkat dari UITM akan bermula pada 11 Mei hingga 15 Mei 2011. Seramai 46 orang - 23 lelaki dan 23 perempuan akan berkampung didalam kem FRU selama 5 hari. Sebagai ahli SUKSIS mereka mahu mengenali dan menghayati kehidupan warga polis khasnya Pasukan Simpanan Persekutuan. Mereka akan tinggal dengan ibu bapa angkat masing-masing dan bergaul mesra dengan semua anggota keluarga. Mari lah kita memberi kerjasama dalam program yang akan dilaksanakan nanti. Banyak program menarik yang akan dijalankan bersama anak-anak angkat - perlawanan bola jaring, bola sepak dan bola tampar, pakaian beragam, motivasi untuk anak-anak dan lain-lain. Perkep semua turun beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.
Majlis penyerahan anak angkat akan dibuat pada 11 Mei 2011 jam 4.30 ptg selepas jamuan minum petang. Pada 14 Mei gotong royong memasak untuk majlis makan malam bersama semua keluarga PSP dan anak-anak angkat. Semua ahli Perkep terlibat untuk acara ini.
Terima kasih pada semua keluarga yang sudi mengambil anak-anak ini selama 5 hari dan melayani mereka sebagai anak sendiri. Biar mereka rasa seperti berada dirumah sendiri. Harapan saya ...... objektif SUKSIS UITM akan tercapai sepenuhnya setelah program ini berakhir.
No comments:
Post a Comment