Kenangan selama 5 hari bersama anak2 angkat masih panas terasa. Rasa amat cepat masa berlalu tiba-tiba dah sampai masa untuk berpisah. Walaupun amat singkat tapi kemesraan antara ibu bapa dengan anak angkat amat terasa sekali. Semasa bersama banyak kisah yang dapat di kongsi.... latar belakang keluarga masing-masing dan menyelami perasaan mereka semasa di sini. Semua gembira bersama dengan ibu bapa angkat masing-masing. Sukanika bersama keluarga sungguh meriah... walaupun cuaca amat panas terik masing-masing tidak menghiraukannya...... sampai muka dah berubah warna merah kehitaman..tapi tetap manis ye! Anak-anak semua dalam keletihan tetap meneruskan program kemasyarakan yang telah dirancang. Seronok juga melihat mereka berlatih menjadi FRU dan kebasahan disimbah air water cannon .. ha. ha.. baru rasa semuanya.
Dihari terakhir semasa simbolik penyerahan semula anak angkat perasaan sedih amat terasa. Setiap yang bermula akan berakhir. Persembahan dari anak-anak amat menarik. Kabarnya mereka bersungguh2 berlatih hingga jam 2 pagi. Memang mereka semua berbakat besar... menyanyi, menari, berlakon dan berlawak. Seni mempertahankan diri memang hebat. Inilah anak-anak bangsa kita bakal graduan yang akan mewarisi barisan kepimpinan negara dimasa depan. Marilah sama-sama kita doakan mereka semua berjaya dalam bidang masing-masing. Akhirnya masa untuk berpisah tiba jua... hampir jam 3 petang bas UITM berlepas meninggalkan segala kenangan manis. Ada air mata kesedihan tertumpah mengiringi perpisahan.. semoga ini bukan pertemuan terakhir untuk kita semua.....
No comments:
Post a Comment