Sunday, May 8, 2011

PERUTUSAN HARI IBU

     Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu terutama ahli-ahli Perkep PSP 5 Ipoh. Ibu permata hati semua. Hargai lah ibu semasa hayat nya masih ada. Sudah menjadi adat ... kita selalu lupa menghargai, menyayangi dan menghormati sesaorang yang sentiasa ada bersama kita... tiba-tiba dia hilang, ketika itu barulah kita amat merasai kehilangan nya, kebaikan, keramahan, pengorbanan yang selama ini kita tidak nampak. Ketika itu kita mahu kembali dimasa lalu ...mahu memperbaiki apa yang kurang..mahu memberi yang terbaik untuk ibu tersayang...mahu memeluk ibu tercinta ...dan kita baru tersedar itu semua sudah terlambat. Airmata kekesalan tidak berhenti mengalir menyesali masa lalu yang hilang sia-sia. Jadi kalau ada niat hendak melakukan sesuatu untuk ibu lakukan sekarang sebelum terlambat!
     Pulanglah menjenguk ibu jika masih punya ibu, hadiahkan doa untuk ibu yang telah pergi dan ziarah lah teman-teman rapat ibu tanda ingatan. Ingat lah ibu hanya mengharapkan kasih sayang anak-anak dan elakkan dari mengecilkan hati ibu dan membuat ibu menangis kesedihan. Sejambak bunga untuk semua yang bergelar ibu.

No comments:

Post a Comment