Dalam kemeriahan menyambut Hari Ibu jangan lupa bulan Jun adalah bulan sambutan Hari Bapa. Untuk semua yang bergelar bapa SELAMAT HARI BAPA.
Friday, May 27, 2011
CUTI SEKOLAH DATANG LAGI..........
Makna nya musim kenduri kawin dah tiba. Banyak betul undangan kemajlis perkahwinan di terima. Terima kasih di ucapkan dan tahniah semuanya ! semoga berbahagia hingga akhir hayat. Mustahil rasanya untuk memenuhi setiap jemputan..Maaf sekiranya jemputan tak dapat dipenuhi... tapi di iringkan doa agar semuanya sempurna seperti yang dihajatkan. Di sini ada 3 majlis perkahwinan yang akan berlangsung. Sama-samalah kita membantu menjayakan majlis sahabat-sahabat kita ini. Selamat menerima menantu dan diharap semuanya berjalan seperti dirancang. Amin....
Dipenghujung cuti sekolah pada 12 Jun nanti satu bengkel untuk remaja perempuan akan diadakan... yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan. Remaja berumur 10 - 15 tahun dialu-alukan untuk menyertainya. Jangan lepaskan peluang kerana semuanya percuma untuk anak-anak kita. Sama-sama lah kita memberi sokongan demi memberi pendedahan dan pendidikan pada remaja. Untuk semua selamat bercuti dan selamat balik kampung... berhati-hati dijalan raya..

Sunday, May 22, 2011
MESRA JIRAN - MEI 2011 BLOK N, O & S
Program Mesra Jiran bulan ini telah berlangsung pada 22 Mei 2011. Sungguh meriah dan berwarna warni. Tema AJK bulan ini MERAH. Wah wah wah macam gelombang merah lah pulak ye..... Tapi kali ini berlainan sikit sebab Pengacara nya lelaki sebab ramai anggota yang hadir memberi sokongan. Terima kasih tuan-tuan semua - kami amat hargai. Ketiga-tiga blok ini hanya mempunyai 24 keluarga sahaja sebab blok nya pendek dan jauh nun di belakang tapi penghuninya amat peramah dan riuh rendah. Yang paling istimewa sekali semua pandai memasak. Hidangan yang di hidangkan semua hasil air tangan mereka sendiri dan sedap2 belaka. Kawasan sekeliling nya kemas dan bersih. Semuanya nampak tersusun. Tahniah semua dan terima kasih atas layanan mesra pada semua AJK.
Sungguh merah si buah saga
Merah lagi baju kita
Semua hidangan sedap belaka
Rasa nak makan sampai licin semuanya.......
Kemesraan terjalin antara kita
Menjadi kenangan sepanjang masa
Ingat lah walau dimana kita berada
Tali persahabatan kekal bersama

GAMBAR KENANGAN BERSAMA ANAK ANGKAT
Saturday, May 21, 2011
KENANGAN BERSAMA ANAK-ANAK ANGKAT SUKSIS UITM 11 - 15/5 2011
Kenangan selama 5 hari bersama anak2 angkat masih panas terasa. Rasa amat cepat masa berlalu tiba-tiba dah sampai masa untuk berpisah. Walaupun amat singkat tapi kemesraan antara ibu bapa dengan anak angkat amat terasa sekali. Semasa bersama banyak kisah yang dapat di kongsi.... latar belakang keluarga masing-masing dan menyelami perasaan mereka semasa di sini. Semua gembira bersama dengan ibu bapa angkat masing-masing. Sukanika bersama keluarga sungguh meriah... walaupun cuaca amat panas terik masing-masing tidak menghiraukannya...... sampai muka dah berubah warna merah kehitaman..tapi tetap manis ye! Anak-anak semua dalam keletihan tetap meneruskan program kemasyarakan yang telah dirancang. Seronok juga melihat mereka berlatih menjadi FRU dan kebasahan disimbah air water cannon .. ha. ha.. baru rasa semuanya.
Dihari terakhir semasa simbolik penyerahan semula anak angkat perasaan sedih amat terasa. Setiap yang bermula akan berakhir. Persembahan dari anak-anak amat menarik. Kabarnya mereka bersungguh2 berlatih hingga jam 2 pagi. Memang mereka semua berbakat besar... menyanyi, menari, berlakon dan berlawak. Seni mempertahankan diri memang hebat. Inilah anak-anak bangsa kita bakal graduan yang akan mewarisi barisan kepimpinan negara dimasa depan. Marilah sama-sama kita doakan mereka semua berjaya dalam bidang masing-masing. Akhirnya masa untuk berpisah tiba jua... hampir jam 3 petang bas UITM berlepas meninggalkan segala kenangan manis. Ada air mata kesedihan tertumpah mengiringi perpisahan.. semoga ini bukan pertemuan terakhir untuk kita semua.....

Sunday, May 15, 2011
SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru untuk semua ahli Perkep yang juga seorang guru. Tidak dapat dinafikan jasa guru pada kita semua. Tanpa guru kita tidak akan jadi seperti sekarang. Masih terkenang di ingatan- Cik gu Yusuf semasa belajar disekolah rendah.... ketekunannya mengajar kami di waktu itu.... penuh keikhlasan. Dia tidak pernah merotan, menengking atau marah2. Air matanya akan bergenang setiap kali beliau kecewa dengan keputusan peperiksaan kami. Masih terbayang wajah hampanya. Tapi waktu itu kami tidak pernah ambil kisah perasaan guru. Tetapi di hari terakhir semasa darjah 6 kami satu kelas menangis kesedihan selepas mendengar amanat terakhir Cik gu Yusuf sebelum kami ke sekolah menengah. Masih terngiang di telinga segala nasihat dan luahan hatinya. Baru kami sedar beliau amat sayangkan kami semua... sayangkan bangsanya.... kata terakhirnya... bangun lah bangsaku kerana bangsa yang berilmu yang akan di hurmati. Tanpa ilmu samalah seperti sampah di tepi jalan .....Al fatihah untuk Cik gu. Jasamu tidak pernah dilupakan' TERIMA KASIH CIK GU
Monday, May 9, 2011
SELAMAT DATANG ANAK-ANAK ANGKAT suksis DARI UITM
Program anak angkat dari UITM akan bermula pada 11 Mei hingga 15 Mei 2011. Seramai 46 orang - 23 lelaki dan 23 perempuan akan berkampung didalam kem FRU selama 5 hari. Sebagai ahli SUKSIS mereka mahu mengenali dan menghayati kehidupan warga polis khasnya Pasukan Simpanan Persekutuan. Mereka akan tinggal dengan ibu bapa angkat masing-masing dan bergaul mesra dengan semua anggota keluarga. Mari lah kita memberi kerjasama dalam program yang akan dilaksanakan nanti. Banyak program menarik yang akan dijalankan bersama anak-anak angkat - perlawanan bola jaring, bola sepak dan bola tampar, pakaian beragam, motivasi untuk anak-anak dan lain-lain. Perkep semua turun beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.
Majlis penyerahan anak angkat akan dibuat pada 11 Mei 2011 jam 4.30 ptg selepas jamuan minum petang. Pada 14 Mei gotong royong memasak untuk majlis makan malam bersama semua keluarga PSP dan anak-anak angkat. Semua ahli Perkep terlibat untuk acara ini.
Terima kasih pada semua keluarga yang sudi mengambil anak-anak ini selama 5 hari dan melayani mereka sebagai anak sendiri. Biar mereka rasa seperti berada dirumah sendiri. Harapan saya ...... objektif SUKSIS UITM akan tercapai sepenuhnya setelah program ini berakhir.

Sunday, May 8, 2011
PERUTUSAN HARI IBU
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu terutama ahli-ahli Perkep PSP 5 Ipoh. Ibu permata hati semua. Hargai lah ibu semasa hayat nya masih ada. Sudah menjadi adat ... kita selalu lupa menghargai, menyayangi dan menghormati sesaorang yang sentiasa ada bersama kita... tiba-tiba dia hilang, ketika itu barulah kita amat merasai kehilangan nya, kebaikan, keramahan, pengorbanan yang selama ini kita tidak nampak. Ketika itu kita mahu kembali dimasa lalu ...mahu memperbaiki apa yang kurang..mahu memberi yang terbaik untuk ibu tersayang...mahu memeluk ibu tercinta ...dan kita baru tersedar itu semua sudah terlambat. Airmata kekesalan tidak berhenti mengalir menyesali masa lalu yang hilang sia-sia. Jadi kalau ada niat hendak melakukan sesuatu untuk ibu lakukan sekarang sebelum terlambat!
Pulanglah menjenguk ibu jika masih punya ibu, hadiahkan doa untuk ibu yang telah pergi dan ziarah lah teman-teman rapat ibu tanda ingatan. Ingat lah ibu hanya mengharapkan kasih sayang anak-anak dan elakkan dari mengecilkan hati ibu dan membuat ibu menangis kesedihan. Sejambak bunga untuk semua yang bergelar ibu.

KUMPULAN MARHABAN PSP 5
Kumpulan Marhaban PSP 5 telah mengadakan 2 persembahan untuk majlis bercukur jambul dengan meriah nya.
Majlis bercukur jambul cucu Puan Rogayah pada 30 April 2011
Majlis bercukur jambul cucu Puan Rogayah pada 30 April 2011
Majlis bercukur jambul cucu Puan Azizah telah diadakan pada 7 Mei 2011
Saturday, May 7, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)