Pada 31/3/2011 ahli Perkep seramai 10 orang bersama anggota PSP telah melawat unit haemodialysis IPK sempena sambutan Hari Polis. Kami di sambut oleh Puan Mariah yang mengawal selia unit tersebut. Selepas mendengar taklimat kami dibawa melawat pesakit dan tempat penyimpanan peralatan dan air yang di gunakan untuk mencuci buah pinggang. Unit tersebut mempunyai 5 orang pesakit yang menjalani rawatan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat - 3 orang masih berkhidmat dengan PDRM, seorang pesara dan seorang isteri pesara polis. Mereka sudah menjalani rawatan disini selama 10 tahun dan yang paling muda (29 tahun) sudah dirawat selama 3 tahun. Hubungan antara pesakit dan petugas amat mesra dah macam saudara sendiri. Amat tersentuh hati melihat mereka bagitu tabah menerima ujian Allah. Jarum suntikan, mesin pencuci buah pinggang dan ubat-ubatan sudah sebati dengan diri mereka. Bayangkan selang sehari terpaksa menjalani proses yang sama selama 4 jam - duduk dikerusi menunggu proses selesai.
Staf disini hanya 4 orang di ketuai oleh Encik Nozi yang berpengalaman dan paling senior di unit tersebut. Mereka agak tersisih dari unit lain -dunia mereka hanyalah dengan pesakit-pesakit sahaja...bertugas dengan penuh komited, ikhlas dan redha. Mereka di beri latihan bagaimana mengendalikan mesin dan pesakit. Melihat pesakit-pesakit ini bagitu menginsafkan kita dan mengingatkan betapa penjagaan kesihatan itu amat penting. Mari lah sama-sama menjalani kehidupan secara sihat kerana "prevention is better than cure"
|
SM Baharom sebagai pegawai pengiring yang sentiasa senyum...... |
|
Menikmati jamuan ringan...... |
|
Jurugambar yang sentiasa ada dimana saja! |
No comments:
Post a Comment