Dah lama betul tak dapat updatekan blog. Macam-macam yang perlu dibuat. Jadi suri rumah ni rupanya tak kan habis kerja..dah lah tak ada cuti ...nak pergi bercuti lagi lah susah. Dalam kepala macam-macam plan tapi banyak yang tak menjadi. Puan-puan semua janganlah terlampau stress dalam apa jua situasi. Kadang-kadang kita perlukan masa untuk diri sendiri, perlukan kawan untuk bertukar-tukar pendapat dan perlukan ruang untuk bersantai. Yang paling penting keperluan menambah ilmu dalam apa jua bidang. Semakin kita belajar semakin kita rasa kekurangan diri. "Tiada masa" jangan sekali-kali gunakan alasan tersebut kerana ini menunjukkan kita tidak pandai mengurus masa. Setiap orang di berikan masa 24 jam sehari - yang penting bagaimana kita menggunakan masa tersebut...melepak tanpa tujuan.sambil menganyam ketupat yang tak pernah masak atau mengisikan masa dengan membaca, menjahit dan lain-lain kerja yang berfaedah.
Ramai diantara kita yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang. Mari kita berkongsi kepakaran tersebut dengan cara bergaul bersama dalam kelas kita. Semua akan dapat faedah. Ilmu yang dikembangkan dan diamalkan oleh orang lain akan menjadi saham di akhirat nanti. Untuk pengetahuan semua kelas agama Perkep akan menjemput seorang ustazah - Ustazah Rahimah bt Ibrahim dari Jabatan Mufti Negeri Perak untuk memberi ceramah umum hari Selasa minggu ke empat setiap bulan di surau. Saya harap kelas ini nanti akan mendapat sambutan dari kita semua. Segala permasalahan akan dapat dibincangkan dengan lebih terbuka. Sama-samalah kita mempelajari dan mendalami ilmu agama selagi ada peluang.
No comments:
Post a Comment