27/3/2011 - TAKZIAH juga pada Imah yang ibunya turut meninggal pada 27/3/2011.Terima kasih pada semua yang membantu menguruskan jenazah terutama AJK biro agama Pn Sharidah dan Pn Shaharina. Kursus pengurusan jenazah yang kita ikuti dulu banyak membantu. Alhamdulillah.
24/3/2011- Biro masakan - kontrak memasak untuk majlis tahlil sempena sambutan Hari Polis ke 204. Menu - nasi putih, kari nenas dgn ikan masin dan masak kicap daging. Sedapp...
26/3/2011 - Biro sukan mengadakan permainan bowling di GTM Ipoh pada jam 3 petang. Seramai 12 ahli Perkep ikut serta. Bermain sambil beramah mesra antara satu dengan lain. Bersih juga lah longkang di cuci maklum lah dah lama tak main. Yang penting hati gembira dan dapat melapangkan fikiran.
27/3/2011 - Biro Kebajikan
Program Mesra Jiran bermula dengan lawatan ke blok F. Sungguh meriah sekali dan sambutan hangat dari penghuni blok penuh keramahan dan kemesraan. Semua berkumpul di bawah blok dalam suasana santai. Wakil blok memberi penerangan ringkas tentang blok mereka. Rupa nya blok F merupakan blok terpanjang di antara semua blok - mempunyai 35 pintu semuanya... tapi 2 pintu masih kosong. AJK induk seramai 10 orang disambut mesra oleh wakil mereka Pn Shaharina. Ramai muka baru yang masih muda berkumpul bersama dan sesi memperkenalkan diri dimulakan. Walaupun ada yang malu-malu tapi tetap memberikan kerjasama yang padu. Kami di hidangkan dengan minum pagi yang telah disediakan oleh penghuni secara bergotong-royong. Semangat bersatu padu inilah yang perlu dikekalkan. Lawatan juga disertai oleh Pegawai Pemerintah untuk meninjau dan menyelesaikan masalah jika ada.
Secara keseluruhan nya blok F bersih dan kemas cuma kebersihan dibelakang blok juga perlu di ambil perhatian. Kemesraan antara mereka amat ketara. zkami juga telah melawat Pn Dayang Juninah yang baru 15 hari melahirkan anak pertama. Tahniah.. Kepada semua penghuni blok F terima kasih diucapkan atas sambutan dan kerjasama yang yang diberikan.
Tahniah Pn Dayang dgn baby nya Adawiah |
Lambaian selamat jalan dari wajah-wajah ceria. TQ very much! |
Belajar membuat rantai tangan dari kristal. Wah! masing-masing berlumba-lumba membuat yang tercantik. Tak sangka ye semua nya berbakat.
No comments:
Post a Comment