Tuesday, April 26, 2011

PROGRAM MESRA JIRAN - BULAN APRIL

     Program mesra jiran- bulan April. Lawatan telah dibuat pada 24 April 2011. Sungguh meriah sambutan yang diberikan oleh penghuninya di ketuai oleh Puan Rahida dan Puan Zalina. Ramai yang hadir termasuk anak-anak dan suami masing-masing. Blok ini mempunyai 24 keluarga. Blok yang bersih dan penuh kehijauan dengan taman di hadapan dan kebun sayur di belakangnya. Semangat tolong menolong dan kerjasama amat jelas kelihatan. Wanitanya menyediakan makanan manakala lelakinya pula mencuci pinggan dan mengemas kerusi meja selepas jamuan. Makanan nya pula enak sekali dengan nasi lemaknya dan kueh muih beranika rasa. Rendang ayam nya sangat enak ye ...boleh bagi resipi ke ina .......
     Kami juga melawat ibu yang baru bersalin anak pertama...lelaki sungguh comel. Saya harap program ini mencapai objektif yang telah di tetapkan., dapat membuka hati isteri anggota untuk aktif dalam persatuan, dapat beramah mesra antara satu dengan lain dan dapat menyelesaikan masalah yang ada dengan penglibatan Pegawai pemerintah dan Timbalan nya. Ramai orang-orang baru yang kita kenal dalam pertemuan ini. Terima kasih semua kerana memberi kerjasama. Bulan depan tiba pula giliran Blok N,O dan S. Jangan lupa semua disamping melawat kita juga mengambil markah mengikut kriteria-kriteria tertentu!!!!!!

Mari kita lihat kegembiraan disaat beramah mesra........


Pengacara majlis- mengalu-alukan tetamu






Anak-anak memeriahkan suasana!



Sedap nya menjamu selera dah tak nampak orang lain dah.....


     Ramai-ramai beramah mesra
     Nasi lemak, pulut udang pun ada
     Sama sama majukan Perkep kita
     Tetap cemerlang setiap masa

ALA HAI SIBUKNYA

     Dah lama betul tak dapat updatekan blog. Macam-macam yang perlu dibuat. Jadi suri rumah ni rupanya tak kan habis kerja..dah lah tak ada cuti ...nak pergi bercuti lagi lah susah. Dalam kepala macam-macam plan tapi banyak yang tak menjadi. Puan-puan semua janganlah terlampau stress dalam apa jua situasi. Kadang-kadang kita perlukan masa untuk diri sendiri, perlukan kawan untuk bertukar-tukar pendapat dan perlukan ruang untuk bersantai. Yang paling penting keperluan menambah ilmu dalam apa jua bidang. Semakin kita belajar semakin kita rasa kekurangan diri. "Tiada masa" jangan sekali-kali gunakan alasan tersebut kerana ini menunjukkan kita tidak pandai mengurus masa. Setiap orang di berikan masa 24 jam sehari - yang penting bagaimana kita menggunakan masa tersebut...melepak tanpa tujuan.sambil menganyam ketupat yang tak pernah masak atau mengisikan masa dengan membaca, menjahit dan lain-lain kerja yang berfaedah.
     Ramai diantara kita yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang. Mari kita berkongsi kepakaran tersebut dengan cara bergaul bersama dalam kelas kita. Semua akan dapat faedah. Ilmu yang dikembangkan dan diamalkan oleh orang lain akan menjadi saham di akhirat nanti. Untuk pengetahuan semua kelas agama Perkep akan menjemput seorang ustazah - Ustazah Rahimah bt Ibrahim dari Jabatan Mufti Negeri Perak untuk memberi ceramah umum hari Selasa minggu ke empat setiap bulan di surau. Saya harap kelas ini nanti akan mendapat sambutan dari kita semua. Segala permasalahan akan dapat dibincangkan dengan lebih terbuka. Sama-samalah kita mempelajari dan mendalami ilmu agama selagi ada peluang.

Wednesday, April 20, 2011

MESYUARAT AJK PERKEP KONTINJEN PERAK BIL 2/2011

     Mesyuarat telah diadakan pada 18/4/2011 jam 10 pagi dalam keadaan santai dan penuh kemesraan. Amat terasa sekali sifat keterbukaan Yg Berbahagia Datin Umi. Banyak isu yang di bincangkan dalam mesyuarat tersebut. Pembentangan perancangan aktiviti dari setiap dairah oleh pengerusi masing-masing. Memang banyak program yang dirancangkan untuk faedah semua. Semua AJK bebas memberi pendapat dan pandangan. Diharap semua perancangan dapat di laksanakan mengikut jadual.

LAWATAN KEPUSAT SAINS NEGARA

     Biro Pendidikan bersama biro Sosial telah mengadakan lawatan kePusat Sains negara dan Putrajaya pada 19 April 2011. Peserta terdiri dari 36 orang anak-anak anggota bersama 12 orang ahli Perkep. Anak-anak tentulah seronok melihat pameran "Dinos alive"- sibuk berposing ambil gambar bersama dinasor yang seolah-olah hidup tu.... Tapi yang paling kesian pada SM Baharom yang letih mengendalikan anak-anak kita yang semua lasak-lasak belaka maklumlah anak FRU..... Terima kasih SM dan lain-lain peserta lelaki yang turut membantu menjayakan program ini.. semuanya berjalan lancar walaupun dah keletihan sehingga jam 11 malam baru selamat sampai ke kem kita. Terima kasih semua....

Monday, April 4, 2011

TAHNIAH ..DAH JADI IBU

       Tahniah buat Yanti dan Juan yang dah jadi ibu dan ayah untuk permata hati yang pertama .....Sofia.Comelnya.....




MAJLIS PENYAMPAIAN CEK




    Majlis penyampaian cek untuk balu Allahyarham Sarjan Mohd Ali iaitu Puan Zaidah telah diadakan pada 4/4/2011 jam 9 pagi. Majlis di sempurnakan oleh Pegawai Pemerintah PSP unit 5 Tuan Abu Hassan Jaafar. Puan Zaidah akan terus menetap di sini sehingga bulan Jun selepas menyempurnakan majlis perkahwinan anaknya. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk keluarga Allahyarham dan memberi bantuan yang diperlukan.

Friday, April 1, 2011

LAWATAN SEMPENA HARI POLIS

     Pada 31/3/2011 ahli Perkep seramai 10 orang bersama anggota PSP telah melawat unit haemodialysis IPK sempena sambutan Hari Polis. Kami di sambut oleh Puan Mariah yang mengawal selia unit tersebut. Selepas mendengar taklimat kami dibawa melawat pesakit dan tempat penyimpanan peralatan dan air yang di gunakan untuk mencuci buah pinggang. Unit tersebut mempunyai 5 orang pesakit yang menjalani rawatan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat - 3 orang masih berkhidmat dengan PDRM, seorang pesara dan seorang isteri pesara polis. Mereka sudah menjalani rawatan disini selama 10 tahun dan yang paling muda (29 tahun) sudah dirawat selama 3 tahun. Hubungan antara pesakit dan petugas amat mesra dah macam saudara sendiri. Amat tersentuh hati melihat mereka bagitu tabah menerima ujian Allah. Jarum suntikan, mesin pencuci buah pinggang dan ubat-ubatan sudah sebati dengan diri mereka. Bayangkan selang sehari terpaksa menjalani proses yang sama selama 4 jam - duduk dikerusi menunggu proses selesai.
     Staf disini hanya 4 orang di ketuai oleh Encik Nozi yang berpengalaman dan paling senior di unit tersebut. Mereka agak tersisih dari unit lain -dunia mereka hanyalah dengan pesakit-pesakit sahaja...bertugas dengan penuh komited, ikhlas dan redha. Mereka di beri latihan bagaimana mengendalikan mesin dan pesakit. Melihat pesakit-pesakit ini bagitu menginsafkan kita dan mengingatkan betapa penjagaan kesihatan itu amat penting. Mari lah sama-sama menjalani kehidupan secara sihat kerana "prevention is better than cure"











SM Baharom sebagai pegawai pengiring yang sentiasa senyum......



Menikmati jamuan ringan......


Jurugambar yang sentiasa ada dimana saja!
                                          

AKTIVITI BULAN MARCH 2011

19/3/2011-  TAKZIAH kepada Puan Zaidah dan keluarga balu Allahyarham Pak Ali dari water cannon yang kembali ke rahmatullah pada 20/3/2011. Al fatihah buat arwah .

27/3/2011 - TAKZIAH juga pada Imah yang ibunya turut meninggal pada 27/3/2011.Terima kasih pada  semua yang membantu menguruskan jenazah terutama AJK biro agama Pn Sharidah dan Pn Shaharina. Kursus pengurusan jenazah yang kita ikuti dulu banyak membantu. Alhamdulillah.

24/3/2011-  Biro masakan -  kontrak memasak untuk majlis tahlil sempena sambutan Hari Polis ke 204. Menu - nasi putih, kari nenas dgn ikan masin dan masak kicap daging. Sedapp...

26/3/2011 -  Biro sukan mengadakan permainan bowling di GTM Ipoh pada jam 3 petang. Seramai 12  ahli Perkep ikut serta. Bermain sambil beramah mesra antara satu dengan lain. Bersih juga lah longkang di cuci maklum lah dah lama tak main. Yang penting hati gembira dan dapat melapangkan fikiran.
                   







27/3/2011 - Biro Kebajikan
     Program Mesra Jiran bermula dengan lawatan ke blok F.  Sungguh meriah sekali dan sambutan hangat dari penghuni blok penuh keramahan dan kemesraan. Semua berkumpul di bawah blok dalam suasana santai. Wakil blok memberi penerangan ringkas tentang blok mereka. Rupa nya blok F merupakan blok terpanjang di antara semua blok - mempunyai 35 pintu semuanya... tapi 2 pintu masih kosong. AJK induk seramai 10 orang disambut mesra oleh wakil mereka Pn Shaharina. Ramai muka baru yang masih muda berkumpul bersama dan sesi memperkenalkan diri dimulakan. Walaupun ada yang malu-malu tapi tetap memberikan kerjasama yang padu. Kami di hidangkan dengan minum pagi yang telah disediakan oleh penghuni secara bergotong-royong. Semangat bersatu padu inilah yang perlu dikekalkan. Lawatan juga disertai oleh Pegawai Pemerintah untuk meninjau dan menyelesaikan masalah jika ada.
     Secara keseluruhan nya blok F bersih dan kemas cuma kebersihan dibelakang blok juga perlu di ambil perhatian. Kemesraan antara mereka amat ketara. zkami juga telah melawat Pn Dayang Juninah yang baru 15 hari melahirkan anak pertama. Tahniah.. Kepada semua penghuni blok F terima kasih diucapkan atas sambutan dan kerjasama yang yang diberikan.





Tahniah Pn Dayang dgn baby nya Adawiah





Lambaian selamat jalan dari wajah-wajah ceria. TQ very much!
 28/3/2011 - Biro masakan dan kraf tangan
     Belajar membuat rantai tangan dari kristal. Wah! masing-masing berlumba-lumba membuat yang tercantik. Tak sangka ye semua nya berbakat.