Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

     Assalamualaikum semua ahli Perkep,
     Tahun 2012 sudah melabuhkan tirainya...terasa amat pantas sekali masa berlalu...baginilah keadaannya diakhir zaman. Marilah bersama-sama kita menyambut tahun baru dengan semangat baru tidak kira lah apa azam anda...yang penting jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Sama-sama lakukan yang terbaik yang dapat memberi faedah pada semua....tinggalkan jasa yang akan menjadi sebutan dan kenangan bila kita dah tiada lagi disini.
     Banyak yang kita lakukan untuk tahun 2012 dan diharap tahun ini kita akan lakukan dengan lebih baik untuk faedah semua. Cadangan dari anda semua amat di alu-alukan untuk kebaikan bersama...dan sediakan usul-usul bernas untuk mesyuarat agung kita pada 19 hb nanti dan penuhkan dewan ya untuk tahun ini. Kerjasama dari semua amat diharapkan..tanpa sokongan anda Perkep tak akan kemana. Ingat lah bersatu kita teguh, bercerai akan roboh lah semuanya. Sekian

Sunday, December 23, 2012

PERTANDINGAN MENEMBAK 5 PENJURU

     Pada 14 December yang lepas telah diadakan pertandingan menembak 5 penjuru anjuran Perkep Kontinjen Perak diantara pasukan Istana, Baiduri, Bakat, Puspanita dan Perkep. Pertandingan berlangsung penuh meriah dengan semangat kesukanan....dirasmikan oleh DYTM Raja Puan Besar Perak. Perkep mendapat naib johan dalam acara berkumpulan dan tempat ketiga dalam acara Falling plate berpasukan. Pasukan Istana mendapat johan dalam acara individu dan berpasukan. Tahniah diucapkan terutama pada DYTM Raja Puan Besar yang bagitu mahir menembak. Pasukan2 lain juga memberi saingan sengit..masing2 berlumba-lumba mendapatkan mata tertinggi.

Pasukan Perkep bersama Datin Seri Saripah dari pasukan Baiduri




Dato Shukri memberi ucapan tahniah pada Perkep

BUBUR ASYURA

     Perkep telah bergotong royong memasak bubur asyura pada 22 Muharam yang lalu. Pada mulanya nak buat sikit tapi akhirnya jadi 3 kawah......kuat juga Perkep mengacaunya....terima kasih pada 2 orang perkop yang turut membantu....... seronok dan meriah.....sempat berkelah makan nasi dgn ulam2 ,gulai rebung, sayur lemak labu, goreng kulat sisir dll semuanya enak2 belaka!

Sedang berehat

Tengok lah pengayuh2 nya... handal2 belaka

Bahagian dapur..siapkan sarapan untuk pekerja2....


Menunggu giliran untuk mengayuh

Bahagian pengagihan......dah siap dah...TQ semua atas kerjasama anda...

LAWATAN - BIRO KEBAJIKAN

     Pada 15 Dec yang lalu ahli Perkep telah membuat lawatan anjuran Biro Kebajikan ke Kedah. Objektif lawatan - untuk mengekalkan silaturrahim diantara Perkep dan ahli yang sudah bersara dari Perkep. Kami telah melawat kerumah Puan Mariah di Jalan Kuala Kedah isteri pada En Yazid yang sudah bersara.dan kerumah Puan As di Sanglang. Kami disambut mesra...seronok sekali dapat berjumpa kawan lama dan dijamu dengan berbagai hidangan......yang penting hubungan kita tidak pernah putus...jasa anda tetap dikenang selamanya.....


Posing depan makanan ye..laksam sedap nyam...nyam

Cenderahati kenangan untuk Puan Mariah dan suami....

Makan...makan jgn tak makan
Terima kasih pada pemandu dan pengiring yang sabar dgn kerenah kami.....
Wajah2 kekenyangan!
Add caption
Puan As pula yang sibuk memberi buah tangan...
Sibuk betul As sambut tetamu
Buah tangan dari kami
Sempat bersolat di Masjid Terapung Kuala Perlis
Melawat ibu diKg Pulau Pisang.....


 
Bergambar kenangan sebelum pulang...semoga jumpa lagi....






 
 



 

Saturday, December 22, 2012

PROGRAM KESIHATAN MENTAL - PSYCHOEDUCATION

     Pernah dengar Mentari Simee? Apa itu....semua tertanya2 bagitu juga dengan kami semua sebaik menerima surat jemputan untuk hadir menyertai program tersebut pada 29 Nov dan 13 Disember yang lalu. Kebetulan tiada rancangan lain ahli Perkep seramai 15 orang telah hadir menyertai program tersebut. Kami telah membuat pilihan tepat kerana program ini amat menarik dan berfaedah sekali. Mentari Simee adalah pusat kesihatal mental komuniti yang bertempat di Klinik Kesihatan Kg Simee, Ipoh - yang berperanan sebagai pusat rujukan penyakit mental dan rawatan susulan untuk pesakit mental yang sudah discaj dari hospital. Mereka juga memberi bantuan dan sokongan pada ahli keluarga yang menjaga pesakit mental.

     Ahli keluarga juga mempunyai sebuah persatuan yang dinamakan KAMI. Persatuan ini amat aktif menjalankan aktiviti, menganjurkan kursus untuk ahli keluarga, bersantai ditempat-tempat menarik dan mengadakan majlis makan malam dll. Amat terharu melihat mereka bersungguh2 membantu satu sama lain...sama-sama berkongsi masalah dan sama-sama mencari dana untuk menjayakan program mereka. Stigma tentang penyakit mental.....seperti kata Presidennya ....bukan senang menjaga pesakit mental, hanya orang yang merasai saja yang memahami.....jadi dengan adanya persatuan ini mereka dapat berkongsi masalah dan meluahkan perasaan pada yang memahami....

     Amat terharu sekali bila seorang gadis- pesakit skizoprenia bertanyakan soalan pada doktor pakar yang sedang memberi ceramah."bolehkah saya berkahwin seperti orang lain?" Manis orangnya berusia 24 tahun dan masih dalam rawatan...soalan bagitu tulus dan ikhlas....bayangkan kalau dia adalah adik, anak atau saudara kita? Sebenarnya kata doktor mereka boleh hidup normal seperti orang lain jika diberi sokongan dan rawatan yang betul...tapi jika dibiarkan jadilah gelandangan dijalanan...
Kami dapat banyak pengetahuan baru....belajar urut menghilangkan stress, bersama-sama memukul gendang...ha..ha...seronok bersama ahli KAMI. Semua meninggalkan kenangan yg sukar dilupakan...

En Hairullida mengajar urutan hilangkan stress

Ini baru tukang urut betul.....

wah sedapnya bila diurut ye....


Semua seronok bergendang
Ahli Perkep bersama 2 org pesakit dgn jualan mereka
Asyik mendengar ceramah

Bersama Presiden KAMI, En Hairul dan Dr Kaur


 





Friday, December 21, 2012

LAWATAN PERKEP PSP UNIT 7 SEREMBAN

     Kami amat berbesar hati menerima kedatangan ahli Perkep PSP dari Seremban pada 16 Disember yang lalu. Walaupun lawatan singkat tapi kemesraan antara kita amat dirasai......dapat berjumpa dengan kawan2 lama pula...siapa sangka. Puan Haslina naib pengerusi Perkep Seremban bersama ahli rombongan amat gembira dapat kembali melawat tempatnya dibesarkan....nostalgia katanya.....
Kami juga amat bertuah menerima kembali Puan Hashimah yang amat aktif dalam Perkep...selamat datang kami ucapkan....

Bersama Puan Haslina

Dari jauh Puan datang
Kami sambut dengan senyuman
Mahon maaf apa yang kurang
Semoga silaturrahim terus berkekalan.....

AKTIVITI HUJUNG TAHUN 2012

     Tahun 2012 hampir kepenghujungnya. Begitu cepat masa berlalu...tahun2 yang semakin pendek. Siapa lambat alamat ketinggalan jauh. Sepanjang tahun ini banyak juga aktiviti perkep yang dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun masing2 sibuk dengan bermacam urusan, kita masih dapat menunaikan tanggungjawab sosial.........terima kasih dan tahniah untuk semua yang tidak pernah jemu memberi kerjasama dan sokongan pada Perkep.
     Seperti biasa dihujung tahun ramai yang mengadakan majlis perkahwinan.......jadi kumpulan marhaban banyak mendapat jemputan untuk majlis Khatam Quran.......

Dimajlis berendoi cucu Puan Zaiton dan anak Opie.....meriah sekali.....laksanya sungguh enak ye......

Majlis khatam Quran anak Puan Hafizah



Sibuk mengukir bunga dimajlis kenduri

Gotong royong memasak

Master chef keletihan,,,dah beres masak


Dah habis masak ...kena menghidang la pulak!

Majlis khatam Quran anak Puan Mona...sungguh comel pengantin nya!


Monday, October 22, 2012

PERTANDINGAN MENEMBAK PERKEP KONTINJEN PERAK

     Inilah tuahnya menjadi isteri polis boleh juga merasa bagaimana menembak menggunakan pistol..revolver...Pertandingan tersebut telah diadakan pada 20 Oktober 2012 di Lapangsasar Padang Tembak. Semua daerah telah mengambil bahagian. Juaranya.......wah hebat sekali dari daerah Grik sehingga mendapat pujian dari Dato KP sendiri. Yang paling hebat, mereka berjaya mengalahkan team dato KP dalam acara menembak plate....Tahniah Grik. Team PSP 5 tidak kurang hebatnya walaupun tidak menang....kami tetap memberi saingan yang hebat juga ......mungkin tahun depan boleh menang dengan latihan yang lebih ...siapa tahu!   tahniah pada Rahida, Ani, Shuhaida, Linda kerana semangat yang amat tinggi.......apa2 pun kita tetap enjoy kan....rupa2 nya menembak ni amat seronok sekali......entah bila pula dapat menembak lagi ye........

    Pada malamnya majlis santai bersama Datin Uminajah sempena meraikan hari lahirnya telah diadakan dengan bagitu meriah sekali. Perkep PSP 5 turut mengadakan persembahan 2 buah tarian yang bagitu menarik......terima kasih semua kerana memberi kerjasama.....



MAJLIS SANTAI BERSAMA PENGERUSI PERKEP KDNKA

     Pada 6 Oktober seramai 6 orang ahli Perkep PSP Unit 5 turut menyertai majlis bersantai bersama Pengerusi Perkep Jab KDNKA YBHG Datin Wira Puziah bte Bahari bertempat di Mess Pegawai Kanan PSP KL. Wakil Perkep dari seluruh Jab KDNKA telah dijemput hadir untuk bersantai dan berkenalan lebih dekat sesama ahli dari seluruh negara. Memang enjoy and happening habis........

     Pada hari Jumaat 5hb Oktober telah diadakan kursus celik kewangan......kami didedahkan tentang pengurusan kewangan dan bijak melabur. Memang menarik dan berfaedah sekali....

Datin Wira Puziah manis dan berseri......

Cenderahati dari Pengerusi Perkep PSP Malaysia Puan Zaiton unt Datin Wira Puziah

Antara tetamu...Puan Rusita...PSP Penang

Puan Betty..... PSP Johor

Siapa Ya......muka2 glamour PSP 5 Ipoh

Dah kenyang ke Wasitah and Ina.....

Bersama Datin Norhayati ...kawan lama....


Sessi pagi...siap sedia nak berkursus di Maktab PDRM Cheras