Inilah tuahnya menjadi isteri polis boleh juga merasa bagaimana menembak menggunakan pistol..revolver...Pertandingan tersebut telah diadakan pada 20 Oktober 2012 di Lapangsasar Padang Tembak. Semua daerah telah mengambil bahagian. Juaranya.......wah hebat sekali dari daerah Grik sehingga mendapat pujian dari Dato KP sendiri. Yang paling hebat, mereka berjaya mengalahkan team dato KP dalam acara menembak plate....Tahniah Grik. Team PSP 5 tidak kurang hebatnya walaupun tidak menang....kami tetap memberi saingan yang hebat juga ......mungkin tahun depan boleh menang dengan latihan yang lebih ...siapa tahu! tahniah pada Rahida, Ani, Shuhaida, Linda kerana semangat yang amat tinggi.......apa2 pun kita tetap enjoy kan....rupa2 nya menembak ni amat seronok sekali......entah bila pula dapat menembak lagi ye........
Pada malamnya majlis santai bersama Datin Uminajah sempena meraikan hari lahirnya telah diadakan dengan bagitu meriah sekali. Perkep PSP 5 turut mengadakan persembahan 2 buah tarian yang bagitu menarik......terima kasih semua kerana memberi kerjasama.....
No comments:
Post a Comment