Mesyuarat agung perkep kontinjen Perak telah diadakan pada 25 Feb 2011 yang lalu di Mess Pegawai kanan, Ipoh. Hampir 200 ahli Perkep dari seluruh negeri Perak turut serta. Mesyuarat diresmikan oleh ketua Polis Perak yang baru YDH Dato' Shukri bin Dahlan merangkap penasihat dan penaung Perkep Kontinjen Perak. Amanat dari YDH Dato' - beliau mahu semua anggota dan pegawai polis wanita bergerak aktif dalam Perkep amat di alu-alukan oleh semua ahli Perkep. Dengan penglibatan mereka secara langsung akan menggerakkan persatuan lebih aktif dan tersusun. Pengalaman dan kuasa yang ada pada mereka dapat melicinkan perjalanan Perkep dengan lebih efisien.
Pada tahun ini kita menyaksikan perubahan besar-besaran dalam barisan ahli jawatan kuasa induk. YDH Dato' telah melantik Setiausaha, penolong setiausaha dan Bendahari yang baru berikutan perletakan jawatan tersebut dari penjawat terdahulu. Perlantikan tersebut telah mendapat tepukan gemuruh dari ahli yang hadir. Ketiga-tiga mereka terdiri dari pegawai kanan polis. Tahniah di ucapkan pada mereka bertiga dan berharap mereka dapat mengaktifkan kembali Perkep Perak ke arah yang lebih cemerlang.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datin Umminajah bt Saleh berjalan agak panas dengan isu-isu yang di bangkitkan tapi berjalan dengan meriah. Seperti kata Datin, Perkep kita akan berjalan dengan lebih baik dan memperbaiki segala kelemahan lalu. Marilah semua berganding bahu memberi kerjasama sepenuhnya pada Perkep kontinjen demi untuk kemajuan kita bersama. Datin juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan pada AJK lama yang telah memberi perkhidmatan mereka sepanjang tahun yang lalu.
Terima kasih atas jamuan makan tengahari dan minum pagi yang sungguh menyelerakan. Kemesraan Datin Umi dan Datin Hasnah(naib pengerusi) masih di ingatan kami semua.......
No comments:
Post a Comment