Mesyuarat tersebut telah diadakan pada hari Ahad 6 Mac 2011 jam 3 ptg. Semua AJK dapat hadir kecuali seorang kerana bertugas. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Walaupun hari minggu mesyuarat dapat di jalankan dengan lancar. Kerjasama dan komitmen dari AJK semua amat di hargai. Semua AJK Biro telah membentangkan plan aktiviti masing-masing....cadangan yang baik dan di harap semua aktiviti dapat di jalankan mengikut perancangan.
Jadual perancangan sedang disiapkan oleh setiausaha dan akan dipamerkan di setiap blok. Peranan AJK trup amat diperlukan untuk mengajak lebih ramai ahli meyertai semua aktiviti kita. Pengerusi trup perlu lebih agresif memainkan peranan masing-masing. Aktiviti untuk bulan ini - 26 Mac 2011 jam 10 pagi, kumpulan Marhaban kita telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Tambun sempena majlis cukur jambul. Pada jam 3 ptg pula jangan lupa untuk meyertai permainan bowling di Ipoh Parade. Sila beri senarai nama dari trup masing-masing pada AJK biro sukan. Pada 27 Mac jam 10 pg" Program Mesra Jiran" akan di mulakan di Blok F. Penghuni Blok F diharap membuat persediaan.
Mesyuarat AJK kali pertama untuk tahun ini seperti tahun lalu telah dimulakan dengan kata-kata nasihat dari yang Dipertua Perkep. Saya harap AJK semua dapat menerima nasihat dan teguran dengan hati yang terbuka. Apa pun yang kita lakukan... lakukan lah dengan ikhlas dan kerana Allah..... insyaallah semua nya akan diberkati oleh Nya. Harapan saya pada tahun ini agar Perkep lebih maju dan cemerlang.
No comments:
Post a Comment