Friday, March 25, 2011

ALBUM

SENI BUDAYA












Jurulatih tarian - sedia menerima tempahan untuk apa-apa saja majlis
BIRO AGAMA

KELAS FARDU AIN BERSAMA USTAZ IBRAHIM ISTAR




KUMPULAN MARHABAN-  DI MAJLIS MAJLIS KHATAM QURAN
 

GAMBAR-GAMBAR DI HATYAI











Baju kuning tu encik Hasan pemandu pelancung


Duit dah abis lepas shopp tinggal 20 baht tambang tut..tut


Kami tinggalkan dia diHatyai - dpt kontrak jual buah kat sana....


SELAMAT HARI POLIS

     Untuk semua anggota polis Malaysia - selamat hari Polis. Jasa anda semua tidak dapat disangkal. Berani, cekap dan tangkas. Biar apa pun orang kata teruskan perjuangan dengan hati yang ikhlas. Sebagai ahli Perkep kami semua dapat rasakan apa yang anda rasa. Tapi hati kami lebih terluka bila ada orang yang memburuk-buruk kan apa-apa saja tentang polis. Tapi kita semua perlu bersabar kerana akhirnya kebenaran akan terbukti. Ketegasan KPN dan Menteri Dalam Negeri memberi kekuatan dan semangat. Syabas untuk semua wira negara ....POLIS SEDIA BERKHIDMAT....UNTUK NEGERI DAN RAKYAT...HIDUP BERBAHAGIA..AMAN SENTOSA... POLIS SEDIA BERKHIDMAT......

Monday, March 21, 2011

Mesyuarat perkep Trup 5B

     Mesyuarat telah diadakan pada 20 Mac 2011 jam 2.30 ptg di Dewan Annex. Tahniah pada pengerusi Trup 5B kerana berjaya mengadakan mesyuarat dan mengumpulkan orang-orang nya di petang hari minggu.Bukan senang nak mengganggu hari cuti orang kan! Disamping bermesyuarat mereka juga meraikan ahli yang akan bersara, bertukar ke trup lain dan mengalu-alukan ahli baru dari trup lain. Sungguh menyentuh hati. Saya amat menghargai jemputan puan Roshani untuk sama-sama hadir dan merasmikan mesyuarat tersebut. Peluang yang amat baik untuk bertemu dengan ahli-ahli perkep trup 5B- ada juga yang tak pernah nampak langsung ...yang baru kawin . welcome to the club!
     Mesyuarat berlangsung dengan meriah. Pemilihan AJK berjalan lancar. Semua muka-muka baru - muda dan bersemangat. Diharap semua perancangan berjalan dengan licin. Tentu sekali kita akan lebih maju dan cemerlang dengan semangat baru, bersatu padu dan saling membantu. Dan banyak pula cabutan bertuah.. semua yang datang dapat hadiah. Puan Roshani tahniah sekali lagi - gunakan segala idea untuk kemajuan perkep kita. Kepada Tuan H, terima kasih kerana beri sokongan sepenuhnya pada perkep untuk kami.....

CORAT CORET DI HATYAI

     Masih panas kenangan disana. Betul la seperti paper semalam Bukit Bintang macam Hatyai. First impression - memang banyak rumah urut dimana saja dalam bandar Hatyai. Siap dengan promosi sekali. Ada pula tukang urut ada gigi dan tak ada gigi ha..ha faham2 saja la.Tapi bandarnya tak banyak traffic light. Semua driver saling bertolak ansur memberi laluan pada kenderaan lain. Shopping memang la syok walaupun kadang2 tak faham langsung, tapi nak beli punya hal boleh pula faham main agak-agak le. Memang pandai sebab hari terakhir duitnya dah tinggal seringgit duit Siam ha..ha.. saye la tu... Tapi ada orang tu entah berapa kali jumpa money changer. Apa dia buat tak tau le.
     Kalau nak tau kat sana ada beberapa perkataan yang diharamkan kita menyebutnya. Pesanan ini dari pemandu pelancung... Kita tak boleh sebut kueh dan hi hi . nak gelak jangan bunyi hi hi kalau ha ha tak pe la. Nak tau apa maknanya kena la pergi sana baru boleh tau. Dekat Pantai Samila ada seorang puteri duyung yang sangat cantik tapi dah jadi batu yang keemasan. Pegang lah mana-mana bahagian badan nya untuk cantik macam dia... dan banyak tempat le yang dia orang pegang. jangan tak tau saya dok tengok dari jauh sapa pegang kat mana........Ida kamu pegang kat mana dah terlepas pandang plak.  Itu cerita dongeng dari Encik Hasan pemandu pelancung kita. Dia ni memang lawak betul macam-macam cerita lucu buat orang ketawa. Ada sorang lagi boleh jadi pemandu pelancung part time betul-betul berbakat tau! sapa lagi kalau bukan Rashid ....dah lebih Siam dari Siam!
   Makanan pula...tomyam memang best tapi lain tempat lain rasanya. Yang paling sedap tentulah coconut icecream dekat Pantai Samila. Nanti kita suruh Minah buat sebab dia dah ambil resipi ..ubah sikit-sikit tak apa la kan! Coconut boleh dapat free. Pulut ayam semua dah makan dan buah kayu!!!!
     Untuk semua peserta rombongan saya minta maaf kalau ada yang tak puas hati semasa disana. Kesulitan dan ketidaksempurnaan yang di rasa..seperti kata Hanim yang begitu lembut dan manja tika berbicara. ...Terima kasih semua atas kerjasama

Friday, March 11, 2011

LAPORAN MESYUARAT AJK BIL 1/2011

     Mesyuarat tersebut telah diadakan pada hari Ahad 6 Mac 2011 jam 3 ptg. Semua AJK dapat hadir kecuali seorang kerana bertugas. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Walaupun hari minggu mesyuarat dapat di jalankan dengan lancar. Kerjasama dan komitmen dari AJK semua amat di hargai. Semua AJK Biro telah membentangkan plan aktiviti masing-masing....cadangan yang baik dan di harap semua aktiviti dapat di jalankan mengikut perancangan.
     Jadual perancangan sedang disiapkan oleh setiausaha dan akan dipamerkan di setiap blok. Peranan AJK trup amat diperlukan untuk mengajak lebih ramai ahli meyertai semua aktiviti kita. Pengerusi trup perlu lebih agresif memainkan peranan masing-masing. Aktiviti untuk bulan ini -  26 Mac 2011 jam 10 pagi, kumpulan Marhaban kita telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Tambun sempena majlis cukur jambul. Pada jam 3 ptg pula jangan lupa untuk meyertai permainan bowling di Ipoh Parade. Sila beri senarai nama dari trup masing-masing pada AJK biro sukan. Pada 27 Mac jam 10 pg" Program Mesra Jiran" akan di mulakan di Blok F. Penghuni Blok F diharap membuat persediaan.
     Mesyuarat AJK kali pertama untuk tahun ini seperti tahun lalu telah dimulakan dengan kata-kata nasihat dari yang Dipertua Perkep. Saya harap AJK semua dapat menerima nasihat dan teguran dengan hati yang terbuka. Apa pun yang kita lakukan... lakukan lah dengan ikhlas dan kerana Allah..... insyaallah semua nya akan diberkati oleh Nya. Harapan saya pada tahun ini agar Perkep lebih maju dan cemerlang.

Thursday, March 3, 2011

RENUNGAN - ERTI TANGISAN

Ketika kanak-kanak menangis ku
- kerana haus dan lapar
- kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku
- kerana inginkan barang mainan
- kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa
Ketika remaja menangis ku
- kerana rakan-rakan ku
- kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum berlainan jantina dengan ku
- kerana gagal dalam bercinta
- kerana gagal atau cemerlang dalam peperiksaan
- kerana ada ketika dapat menarik perhatian jejaka
- kerana kesepian tanpa rindu dan cinta pada hamba ciptaan Nya
Ketika usia menginjak dewasa
- aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan, menuntut seluruh konsentrasiku dan memerah seluruh keringatku
- menangis aku kerana anak-anak ku
-menangis aku kerana suamiku
- menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah besar
-menangis aku kerana tidak dapat memberi kemewahan pada keluargaku
Ketika usiaku berada di penghujung
- menangis aku kerana kesihatanku mula merosot
- menangis aku kerana anak-anak ku mula meninggalkan aku mengikut keluarga masing-masing
- menangis aku kerana bakal meninggalkan dunia sedangkan aku masih MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAH NYA
 Itulah rentetan hidup kita semua. Kita selalu lupa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal yang maha esa...kita gagal menangis atas kenikmatan yang ALLAH berikan pada kita...renung kanlah.....

-

Wednesday, March 2, 2011

MESYUARAT AGUNG PERKEP KONTINJEN PERAK

     Mesyuarat agung perkep kontinjen Perak telah diadakan pada 25 Feb 2011 yang lalu di Mess Pegawai kanan, Ipoh. Hampir 200 ahli Perkep dari seluruh negeri Perak turut serta. Mesyuarat diresmikan oleh ketua Polis Perak yang baru YDH Dato' Shukri bin Dahlan merangkap penasihat dan penaung Perkep Kontinjen Perak. Amanat dari YDH Dato' - beliau mahu semua anggota dan pegawai polis wanita bergerak aktif dalam Perkep amat di alu-alukan oleh semua ahli Perkep. Dengan penglibatan mereka secara langsung akan menggerakkan persatuan lebih aktif dan tersusun. Pengalaman dan kuasa yang ada pada mereka dapat melicinkan perjalanan Perkep dengan lebih efisien.
     Pada tahun ini kita menyaksikan perubahan besar-besaran dalam barisan ahli jawatan kuasa induk. YDH Dato' telah melantik Setiausaha, penolong setiausaha dan Bendahari yang baru berikutan perletakan jawatan tersebut dari penjawat terdahulu. Perlantikan tersebut telah mendapat tepukan gemuruh dari ahli yang hadir. Ketiga-tiga mereka terdiri dari pegawai kanan polis. Tahniah di ucapkan pada mereka bertiga dan berharap mereka dapat mengaktifkan kembali Perkep Perak ke arah yang lebih cemerlang.
    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datin Umminajah bt Saleh berjalan agak panas dengan isu-isu yang di bangkitkan tapi berjalan dengan meriah. Seperti kata Datin, Perkep kita akan berjalan dengan lebih baik dan memperbaiki segala kelemahan lalu. Marilah semua berganding bahu memberi kerjasama sepenuhnya pada Perkep kontinjen demi untuk kemajuan kita bersama. Datin juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan pada AJK lama yang telah memberi perkhidmatan mereka sepanjang tahun yang lalu.
     Terima kasih atas jamuan makan tengahari dan minum pagi yang sungguh menyelerakan. Kemesraan Datin Umi dan Datin Hasnah(naib pengerusi) masih di ingatan kami semua.......