Sunday, July 8, 2012

BERSAMA PENGERUSI PERKEP FRU MALAYSIA

     Perjumpaan diantara Pengerusi FRU Malaysia bersama semua pengerusi Unit2 FRU telah diadakan diFRU Unit 6 Terengganu pada 3-5 Julai 2012 yang lalu bertempat dibase baru Unit 6 yang tersergam indah bersebelahan Akademi Bomba di Kuala Brang. Diantara perkara yang dibincangkan ialah perancangan yang akan dibuat selepas Hari Raya nanti. Perlawanan Bowling akan diadakan antara Unit pada bulan September nanti. Perjumpaan ini juga memberi peluang untuk mengenali lebih dekat Pengerusi yang baru dan bertukar-tukar fikiran dan idea antara satu sama lain demi memajukan Perkep FRU. Kami juga dibawa menikmati keindahan Tasik Kenyir yang bagitu mempesonakan. Terima kasih Terengganu.....negeri cantik, budaya menarik...dan rakyatnya baik2 belaka.......

Dibilik Mesyuarat


Lunch at Restoran Selera Kampong K Brang - Kepala ikan baung dah licin.....

Dah abis makan bersama Puan Zaitun dll....

Makan sutun di Teluk Ketapang.. bestnya nyam...nyam..

Majlis makan malam penutupan Kejohanan Ragbi

Pengerusi Penang, Johor dan N Sembilan

Bestnya naik boat marin boleh koner baring lagi....



Bersama Pak Haji yang amat arif tentang herba diPulau Herba


Air Terjun Sauh diTasik Kenyir ohh dinginnya..indahnya ciptaan Tuhan

Dah ready nak balik ni....

No comments:

Post a Comment