Wednesday, July 18, 2012

RAMADHAN TIBA LAGI

     Assalamualaikum semua....semoga sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.......kesejahteraan keluarga adalah segala-galanya untuk kita kan? Bagitu cepat masa berlalu, Ramadhan menjelma lagi.....bersyukur kerana Allah memberi kesempatan untuk kita semua menikmati keberkatan dan keistimewaan dibulan yang penuh barakah ini. Sama-samalah kita meningkatkan amalan dan fokas pada ibadah dengan penuh keikhlasan dan sucikan hati, bersihkan jiwa. Marilah sama-sama kita menggunakan peluang ini untuk memaafkan orang lain, hilangkan sifat PHD dan berbaik sangka dengan semua orang.......percayalah jika semua sifat-sifat itu diamalkan kita akan rasa bahagia dan tidur dengan lena....... kerana dunia ini hanyalah pinjaman...siapa tahu tahun depan kita tak akan jumpa Ramadhan lagi!
     Untuk semua Perkep yang disayangi selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak......sama-sama kita mengimarahkan surau dengan Tadarus dan Tarawikh....semoga semua amalan diberkati dan diterima Allah...Amin.....
     Tidak lupa untuk mengucapkan tahniah pada barisan pemain badminton yang menerima surat penghargaan sempena perhimpunan baru-baru ini...Tahniah semua!


Sunday, July 8, 2012

BERSAMA PENGERUSI PERKEP FRU MALAYSIA

     Perjumpaan diantara Pengerusi FRU Malaysia bersama semua pengerusi Unit2 FRU telah diadakan diFRU Unit 6 Terengganu pada 3-5 Julai 2012 yang lalu bertempat dibase baru Unit 6 yang tersergam indah bersebelahan Akademi Bomba di Kuala Brang. Diantara perkara yang dibincangkan ialah perancangan yang akan dibuat selepas Hari Raya nanti. Perlawanan Bowling akan diadakan antara Unit pada bulan September nanti. Perjumpaan ini juga memberi peluang untuk mengenali lebih dekat Pengerusi yang baru dan bertukar-tukar fikiran dan idea antara satu sama lain demi memajukan Perkep FRU. Kami juga dibawa menikmati keindahan Tasik Kenyir yang bagitu mempesonakan. Terima kasih Terengganu.....negeri cantik, budaya menarik...dan rakyatnya baik2 belaka.......

Dibilik Mesyuarat


Lunch at Restoran Selera Kampong K Brang - Kepala ikan baung dah licin.....

Dah abis makan bersama Puan Zaitun dll....

Makan sutun di Teluk Ketapang.. bestnya nyam...nyam..

Majlis makan malam penutupan Kejohanan Ragbi

Pengerusi Penang, Johor dan N Sembilan

Bestnya naik boat marin boleh koner baring lagi....



Bersama Pak Haji yang amat arif tentang herba diPulau Herba


Air Terjun Sauh diTasik Kenyir ohh dinginnya..indahnya ciptaan Tuhan

Dah ready nak balik ni....

KENANGAN DITERENGGANU

Berehat di homestay

Sarapan bersama Perkep Terengganu

Semua dah ready nak berjalan...dalam homestay

Kenangan depan jeti

Semua seronok naik boat ye!



Depan Masjid Kristal


     Lawatan Perkep PSP 5 keTerengganu pada 29 Jun hingga 1 Julai yang lalu meninggalkan kenangan yang indah. Perkep PSP 6 telah menerima kedatangan kita dengan berbesar hati walaupun tanpa Pengerusinya. Kemesraan AJK mereka bagitu terasa. Kami dibawa menaiki cruise menyusuri sungai Terengganu dan melawat Masjid Kristal yang amat indah.....melihat Taman Tamadun Islam yang amat unik sekali......shopping kain batik dan lain2.....balik singgah di Rantau Panjang dan shopping lagi.....semua dah letih tapi hati gembirakan?

Kursus Jahit Langsir

Mula-mula belajar potong kain

Pertama kali handle machine industry ohh menakutkan......lucunya!

Tengok cantik tak langsir yg saya buat.......Sekaki RM15.00 tau

Dapat sijil lagi.......TQ

Bersama peserta yang lain dan Pegawai Kemas


     Mengikuti kursus jahit langsir selama 2 hari pada 23 dan 24 Jun yang lalu amat menarik sekali. Banyak ilmu yang diajar.......sebenarnya jahit langsir ni bukan lah susah sangat ye...tapi upahnya amat mahal! Boleh lah sape nak tempah lepas ni ha  ha  ha.......

Aktiviti Kelas Kemas

     Kelas Kemas berjalan seperti biasa. Baru-baru ini Perkep telah menghantar beberapa orang ahli untuk mengikuti kursus anjuran Kemas. Puan Tuminah dan Puan Aminah telah mengikuti kursus frozen food dan pastri & roti. Puan Kasmawati dan Puan Norini mengikuti kursus ukiran buah, Puan Zalina urutan reflexology dan Puan Azizah mengikuti kursus jahitan langsir. Kami rasa amat bertuah kerana terpilih mengikuti kursus tersebut. Ilmu yang kami dapat akan dikembangkan pada ahli-ahli semua. Puan Shaharina pula akan mengikuti kursus jahitan diLumut pada 17 Julai hingga 20 Julai nanti. Terima kasih pada En Ahmad pegawai kemas yang menawarkan kursus tersebut pada Perkep PSP5.
     Pada 25 Jun yang lalu Pegawai dari Kemas iaitu Puan Norhayati, En Ahmad dan En Nazri telah membuat lawatan mengejut untuk meninjau kegiatan kelas kita. Taklimat dan sesi soaljawab telah diadakan bersama ahli Perkep. Semua berpuashati dengan aktiviti yang dijalankan. Kelas akan dibuat pada pukul 9 pg dibulan Ramadan akan datang. Semua ahli dialu-alukan untuk sama-sama belajar.

Begitu tekun Puan Norini buat demo ye!






Hasilnya setaraf hotel 5 bintang!
Bersama Puan Norhayati dan En Nazri
Asyik mendengar taklimat
Gubahan hantaran dari telekong
Hasilnya...bunga teratai dari telekong


Inilah dia para pengukir buah PSP5 Ipoh