Sempena sambutan Hari Polis, PSP unit 5 Ipoh telah mengadakan program derma darah bertempat di Dewan badminton pada 10 April yang lalu. Ahli Perkep tidak ketinggalan turut memberi sumbangan dan sokongan. Pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan. Seramai 5 orang ahli Perkep telah mendermakan darah mereka iaitu:
Puan Zalina Yusuf dari HQ
Puan Norhana dari Trup B
Puan Normalia Judin dari Trup C
Puan Junaidah Ahmad dari Trup B
Puan Nurjalilah dari Trup C
Tahniah dan terima kasih untuk mereka yang sudi menderma demi membantu mereka yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment