Saturday, April 21, 2012

MARI MEMASAK

     Tanpa diduga kelas memasak mengejut telah diadakan pada 19 April yang lalu.... ye la cuti umum tak ada apa nak dibuat! Ayu dari Trup A dengan sukarela nya setuju untuk berkongsi ilmu nya dengan ahli-ahli Perkep yang lain......... maka kami pun belajar lah buat kek Keramel Pelangi yang indah rupa dan amat sedap rasanya. Terima kasih banyak Ayu semoga bertambah rezeki dan selamat melahirkan nanti ye........

PROGRAM DERMA DARAH

     Sempena sambutan Hari Polis, PSP unit 5 Ipoh telah mengadakan program derma darah bertempat di Dewan badminton pada 10 April yang lalu. Ahli Perkep tidak ketinggalan turut memberi sumbangan dan sokongan. Pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan. Seramai 5 orang ahli Perkep telah mendermakan darah mereka iaitu:
     Puan Zalina Yusuf dari HQ
     Puan Norhana dari Trup B
     Puan Normalia Judin dari Trup C
     Puan Junaidah Ahmad dari Trup B
     Puan Nurjalilah dari Trup C
Tahniah dan terima kasih untuk mereka yang sudi menderma demi membantu mereka yang memerlukan.








Sunday, April 8, 2012

LAWATAN KERUMAH ANAK-ANAK YATIM

     Sempena sambutan Hari Polis yang ke 205, Biro Kebajikan Perkep telah membuat lawatan kerumah Anak Yatim Hawa dan Jasa di Manjoi pada 8 hb April 2012. Rombongan seramai 39 orang termasuk ahli Perkep dan anggota. Perancangan hanya dalam masa 10 hari sahaja..... dapat direalisasikan dengan jayanya.......saperti kata Pengurus rumah anak yatim tersebut Ustaz Wahadi " Misi sudah berjaya". Penghuninya seramai 27 orang dan perempuan hanya 9 orang berumur antara 4 hingga 19 tahun. Menurut Pengurusnya 2 orang sedang melanjutkan pelajaran di UITM Sri Iskandar dan seorang lagi di sebuah Kolej di Kuala Lumpur.
     Sungguh meyentuh hati kerana rumah ini diuruskan oleh 2 beradek kerana amanah dan pesanan arwah bapa mereka secara persendirian. Dana hanya didapati dari sumbangan individu dan badan-badan yang sudi membantu... selebihnya akan ditampung oleh semua ahli keluarga mereka. Semoga khidmat mereka diberi kemudahan dan keberkatan oleh Allah SWT. Orang yang menjaga anak yatim akan sentiasa dilapangkan rezekinya oleh Allah!
     Kami sama-sama bergotong- royong mengemas dan membersihkan bilik penginapan anak-anak, memotong rumput dan Tuan Hassan sempat memberi ceramah motivasi dan nasihat pada mereka. Rasa puas dapat bergembira bersama mereka walaupun hanya 3 jam disana. Selepas penat bekerja kami semua menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan oleh ahli Perkep dengan bagitu berselera sekali. Terima kasih pada semua yang memberi kerjasama padu untuk program ini terutama pada Biro Kebajikan - Puan Tuminah, Biro Masakan - puan Aminah, Biro Agama - Puan Sharidah dan SM Baharom serta Sarjan Rahim yang sentiasa membantu.......dan yang penting pada Tuan CO yang sentiasa memberi sokongan dan sudi bersama-sama turun padang bersama kami semua.


Antara sumbangan yang dapat dikumpulkan

Sewaktu orang lain menarik selimut -mereka sudah mula siapkan hidangan seawal 5 pagi



Berkumpul sebelum bertolak

Asyik mendengar taklimat sebelum bergerak

SM memberi taklimat

Ketibaan kami disambut oleh anak-anak yatim

Bersama Pengurus Ustaz Wahadi

CO menyampaikan sumbangan dari warga PSP 5

Mengemas bilik anak-anak

Motivasi

Sempat menyampaikan 2 lagu nasyid

Bersalawat sebelum pulang... TQ semua!

Sedih pula disaat berpisah- Insyaallah lain kali jumpa lagi