Sunday, October 9, 2011
MESRA JIRAN BULAN SEPT DAN JAMUAN RAYA BLOK K,L DAN M
Majlis tersebut telah diadakan pada hari Ahad 25 Sept 2011 bersamaan 27 Syawal 1432h dengan penuh meriah dan berwarna-warni - siap dengan acara cabutan bertuah untuk para isteri. Mengimbas kembali ucapan aluan SI Rosli - dapat dibayangkan sikap kerjasama dan perpaduan antara penghuni ketiga-tiga blok ini. Mereka sanggup berkerjasama membaiki jalan diantara blok yang rosak menggunakan wang sendiri ...satu sikap yang amat terpuji! Mereka sama-sama menyediakan hidangan yang beranika juadah sejak dari malam sebelumnya. Suasana menjadi meriah kerana masih berada dibulan Syawal. Terima kasih kerana pemberian cenderahati yang amat indah dan istimewa digubah khas oleh Puan Nor. Diharap semangat kerjasama, perpaduan dan kemesraan ini akan terus berkekalan selamanya. Sempena program ini ahli Perkep telah membuat lawatan kebajikan kerumah SI Azami dan memberi sokongan moral pada isteri beliau Puan Fatimah bt Chik yang masih terlantar sakit lumpuh. Kami semua mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga dan selamat bersara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment