Seminar tersebut telah diadakan pada 24 Oktober 2011 bertempat di Dewan DBI, Taman Meru Jelapang, Ipoh anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Seminar yang bermula dari 9 pg hingga 5 petang itu padat dengan ceramah dari pakar dalam bidang masing-masing. Penceramah dari Majlis peguam, Jabatan Agama, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PDRM, Pakar Perubatan, Pakar Kanak-kanak dan Pakar Sakit Puan. Banyak maklumat dan pengetahuan baru .....yang kadang-kadang kita abaikan dan tidak ambil kisah langsung...sehinggalah apabila tragedi berlaku pada keluarga sendiri...dan kita tidak tahu dimana hendak dituju untuk mendapatkan pertolongan. Tanpa kita sedari sebenarnya disekeliling kita ada pehak yg sentiasa bersedia membantu. Kita perlu menjadi masyarakat yang lebih perihatin....mengambil tahu keadaan jiran yang memerlukan pertolongan. Penderaan selalunya disembunyikan.. dan mangsa selalunya adalah wanita dan kanak-kanak.
Meminjam kata-kata Tuan Hj Zakaria - Ketua Penolong Pengarah Bg Pembangunan keluarga JAIP- resipi keluarga bahagia adalah MAWADDAH (kasih sayang) +RAHMAH (belas ihsan) = SAKINAH (kebahgiaan, ketenangan)
Perkep PSP 5 telah menghantar 5 orang ahli menyertai seminar tersebut.