Thursday, August 18, 2011

TADARUS AL- QURAN PERKEP PSP 5 (2011)






     Setiap tahun dibulan Ramadhan aktiviti tadarus Al Quran diteruskan. Pada tahun ini bertambah ramai yang mengambil bahagian. Tadarus bermula pada jam 9 pg hingga 11.30 pg. Alhamdulillah! berkat bimbingan Ustazah Siti, Puan Sharidah dan Puan Shaharina semuanya berjalan lancar dan telah selamat khatam pada 14 Ramadhan. Tahun ini tadarus di bahagikan pada 2 kumpulan dan tamat pada hari yang sama. Banyak pengetahuan baru hasil dari tafsir dan terjemahan yang disampaikan oleh Ustazah Siti..... yang membuat kita lebih memahami, menghayati dan menggeruni bahawa azab Allah itu amat pedih disamping mengetahui intipati dalam Al Quran. Ini semua dapat menambah kecintaan kita pada Al Quran dan dapat terus mengamalkan pembacaan Al Quran setiap hari ...dan bukan hanya di bulan Ramadhan saja.
     Kesimpulan nya....... bukan hanya dapat khatam sahaja tapi ada yang lebih istimewa... tentang hati dan perasaan. Kemesraan yang dirasa sesama ahli kumpulan ..kita merasa lebih dekat seperti saudara sendiri, saling tegur menegur dengan penuh keikhlasan tanpa memperdulikan latar belakang masing-masing dan masih sempat bertukar-tukar resipi disaat ketandusan idea untuk memasak. Semangat persaudaraan dan perpaduan yang amat dirasai terutama dibulan yang mulia ini. Sebab itulah perasaan terharu dihari akhir tidak dapat disembunyikan dan airmata tertumpah disaat masing-masing berpelukan. Majlis Khatam akan dibuat pada 27 Ramadhan bergabung dengan kumpulan Lelaki diSurau Al-Mustaqim dan sama-samalah kita memeriahkan majlis itu nanti. Terima kasih semua kerana menjayakan tadarus tahun ini kerana belum tentu kita dapat bersama lagi di Ramadhan akan datang.. kerana semuanya di tangan Allah SWT......





     Ramadhan sudah tiba dipenghujung 10 hari terakhir. Marilah sama-sama kita meningkatkan amalan merebut peluang tibanya Lailatulkhadar malam istimewa..sambil bersujud pada yang esa menghidupkan malam yang indah penuh rahmat dari Allah SWT dimana para Nabi dan sahabat akan menangis pilu disaat berakhirnya Ramadhan.......

No comments:

Post a Comment