Perkep PSP telah membuat lawatan mesra ke pengkalan Marin Kg Aceh Lumut pada 12 Feb yang lalu. Kemesraan ahli-ahli Perkep Marin bersama pengerusinya Puan Laila dan Pegawai Pemerintah masih dalam ingatan. Kami disambut dengan mesra sekali, dijamu dengan beraneka jenis kueh. Terima kasih Puan Linda yang bagitu peramah melayan kerenah kami. Walaupun sibuk membuat persiapan untuk mesyuarat agung, masih sempat berbual mesra dan menghantar dan mengiringi kami hingga menaiki bot.
Pengalaman menaiki bot marin sungguh mengujakan semua ahli Perkep. Mengililingi Pulau Pangkor dengan pemandangan yang begitu mengasyikkan sekali. Melawat semua pelusuk dalam bot.... dapatlah mengagak kehidupan polis marin ketika bertugas di laut. Nasib baik cuaca baik.... kalau tidak adalah yang pening lalat. Di Pulau kami sempat membeli belah hasil laut...beli ikan bilis bermata biru dan berjalan-jalan dalam pekan ..dlm keadaan cuaca yang panas sekali. Semua nampaknya seronok menikmati suasana pulau. Ada juga yang beli selipar sebab dah sakit kaki pakai kasut cantik!!!
Perut dah lapar ni...kami semua pun berkelah di Pantai Teluk Batik ...makan tepi pantai dgn macam2 jenis lauk. Sungguh berselera.. sambal belacan dan segala macam ulam. Lepas makan ada juga yang dah berdengkor. Ingat nak mandi laut tapi semua dah letih jadi masing-masing borak-borak le tepi pantai dan makan rojak yang tak berapa sedap tu. Tentulah rojak perkep kita lagi sedap kan.. Sebelum balik sempat lagi singgah dipekan Lumut membeli belah lagi ikan masin dan macam-macam ....itulah orang perempuan teringat nak beli ole-ole untuk anak-anak di rumah. Akhirnya pukul 8 lebih juga baru sampai kat rumah
No comments:
Post a Comment