Thursday, February 24, 2011

GAMBAR KENANGAN LAWATAN

HERO PENGIRING PERKEP





DALAM HATI TAKUT JUGA TU..







HERO PSP UNIT 5 IPOH


LAWATAN MESRA - PERKEP MARIN KG ACEH

     Perkep PSP telah membuat lawatan mesra ke pengkalan Marin Kg Aceh Lumut pada 12 Feb yang lalu. Kemesraan ahli-ahli Perkep Marin bersama pengerusinya Puan Laila dan Pegawai Pemerintah masih dalam ingatan. Kami disambut dengan mesra sekali, dijamu dengan beraneka jenis kueh. Terima kasih Puan Linda yang bagitu peramah melayan kerenah kami. Walaupun sibuk membuat persiapan untuk mesyuarat agung, masih sempat berbual mesra dan menghantar dan mengiringi kami hingga menaiki bot.
     Pengalaman menaiki bot marin sungguh mengujakan semua ahli Perkep. Mengililingi Pulau Pangkor dengan pemandangan yang begitu mengasyikkan sekali. Melawat semua pelusuk dalam bot.... dapatlah mengagak kehidupan polis marin ketika bertugas di laut. Nasib baik cuaca baik.... kalau tidak adalah yang pening lalat. Di Pulau kami sempat membeli belah hasil laut...beli ikan bilis bermata biru dan berjalan-jalan dalam pekan ..dlm keadaan cuaca yang panas sekali. Semua nampaknya seronok menikmati suasana pulau. Ada juga yang beli selipar sebab dah sakit kaki pakai kasut cantik!!!
     Perut dah lapar ni...kami semua pun berkelah di Pantai Teluk Batik ...makan tepi pantai dgn macam2 jenis lauk. Sungguh berselera.. sambal belacan dan segala macam ulam. Lepas makan ada juga yang dah berdengkor. Ingat nak mandi laut tapi semua dah letih jadi masing-masing borak-borak le tepi pantai dan makan rojak yang tak berapa sedap tu. Tentulah rojak perkep kita lagi sedap kan.. Sebelum balik sempat lagi singgah dipekan Lumut membeli belah lagi ikan masin dan macam-macam ....itulah orang perempuan teringat nak beli ole-ole untuk anak-anak di rumah. Akhirnya pukul 8 lebih juga baru sampai kat rumah

Sunday, February 13, 2011

GAMBAR-GAMBAR MESYUARAT AGUNG


Pengerusi, Setiausaha dan penolong setiausaha
 
Sempat posing lagi






Urusetia pendaftaran

Pendaftaran


Pegawai-pegawai kanan turut hadir. TQ very much
 
Bacaan doa- memberkati majlis

Ucapan peresmian oleh YDH Tuan Abu Hassan



Comelnya.....Perkep kecil

Sedapnya mee rebus!!




Mesyuarat agung 2011 - 2012

     Mesyuarat Agung Perkep PSP 5 telah disempurnakan dgn jayanya pada 29 Jan 2011 yang lalu. Mesyuarat kali ini berjalan dengan tenang .. tiada isu panas yang di bangkitkan. Semua ahli kelihatan gembira dan santai. Kebanyakan AJK dikekalkan orang2 lama juga. Untuk mencari pelapis nampaknya susah nak dapat. Perasaan cinta pada Perkep dikalangan orang-orang muda dan baru masih belum tebal. Mereka masih mencari arah dan perlu diberi semangat terus menerus. Walau bagaimana pun kehadiran ahli bagitu memberangsangkan. Jika dibandingkan dgn tahun lalu kehadiran kurang sedikit mungkin di sebabkan kebanyakan anggota(suami) bertugas di luar.
     Yang menariknya tahun ini bagitu ramai anak-anak dan bayi-bayi yang turut serta bermesyuarat. Meriah sungguh. Bila melihat anak-anak ni baru teringat sepatutnya pehak AJK p atut menyediakan gula-gula dan jajan untuk menenangkan mereka.....biasalah budak-budak cepat bosan kalau dah lama tanpa aktiviti. Tahniah di ucapkan pada ibu-ibu yg sanggup datang bersama anak-anak..dgn ketiadaan suami yg keluar bertugas terpaksalah anak-anak dibawa bersama. Paling menarik ada seorang Perkep kecil yang siap berpakaian Perkep bersama ibunya. Inilah pelapis Perkep PSP 5!!!
     Tahniah di ucapkan pada barisan AJK baru.. selamat menjalankan tugas masing-masing. Untuk yang tidak terpilih pada tahun ini terima kasih  dan jasa-jasa anda tidak akan di lupakan. Marilah semua bekerjasama demi kcemerlangan Perkep kita.

Monday, February 7, 2011

BULAN RABIULAWAL

Pengertian  
 


 B
ulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
  


  Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal  


   
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.