Saturday, January 22, 2011

RENUNGAN

NASIHAT DARI SAIDINA ALI ALAIHISSALAM:

Ilmu adalah lebih baik dari kekayaan kerana kekayaan harus dijagai,
sedangkan ilmu menjaga kamu.

Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada
mencari kesilapan orang lain.

PERKARA YANG ELOK DIINGATI SELALU

1.   Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk

     Sudah menjadi kebiasaan kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik pada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa nikmat Allah tidak terhingga kita terima. Lantaran itu kita terlupa
menyebut dan memuji Allah. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap masa, bukan hanya ucapan Al-hamdulillah hanya apabila kekenyangan.

2.   Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

     Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di  dunia bersamaan sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dan siksa dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang singkat fikiran yang sibuk memikirkan hal dunia. Manusia yang cerdik ialah mereka yang sibuk merancang wawasan akhiratnya. Saham amanah dunia tak pemting, yang paling penting adalah saham amanah akhirat yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat ganda!!

3.   Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian

     Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan menambah bekalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Dunia ibarat kebun akhirat..... kalau tak di usahakan manakan dapat hasilnya....
Contohi lah Saidina Ali, walaupun sudah terjamin akan ke syurga tapi tetap mengeluh dengan hebat akan kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat. Bayangkan pula diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini!  Selalu ingat akan kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia hanya sementara.

     Sama-samalah kita renungkan

No comments:

Post a Comment