Wednesday, January 26, 2011



NOTIS PEMBERITAHUAN
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang melaksanakan Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik. Sehubungan itu mulai 1 Januari 2011, Kementerian memutuskan bahawa pada setiap Hari Sabtu semua premis-premis perniagaan terpilih di seluruh Negara akan melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik.
Pelaksanaan Hari Tanpa Plastik ini adalah seperti berikut:
·         *  Pada setiap hari Sabtu mulai 1 Januari 2011, beg plastik tidak   
              akan dibekalkan kepada pengguna
*  Mulai 1 Januari 2011, bayaran boleh dikenakan kepda setiap beg plastik
   yang ingin digunakan oleh pengguna. Kementerian menggalakkan beg
   plastik  yang dijual terdiri daripada  beg mesra alam.

·        Hasil kutipan tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan keuntungan tetapi akan disalurkan untuk program Corporate Social Responsibility (CSR) atau kepada mana-mana badan-badan kebajikan yang dipilih oleh syarikat masing-masing.

·        Kementerian tidak mempunyai halangan bagi premis perniagaan yang ingin melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik lebih daripada satu hari (Sabtu) yang telah ditetapkan.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan

Panduan Bijak Berbelanja

Kenaikan harga barangan kini adalah ekoran kenaikan harga minyak. Kita tidak dapat lari daripada merasa terbeban akibat keniakna harga ini. Para pengguna perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang ini terhadap pendapatan.
shopping_fom_50308
Buat senarai sebelum berbelanja

Bijak Berbelanja

* Buat senarai sebelum berbelanja
* Bandingkan harga barang sebelum membeli
* Membeli setelah tawar-menawar
* Beli bahan tidak mudah rosak secara nafsu
* Amalkan sikap berjimat-cermat

Bijak Makan

* Tanam sayur-sayuran dan buah-buahan
* Makan buah-buah pada musimnya
* Hentikan tabiat merokok
* Sediakan bekalan untuk ke sekolah/pejabat
* Jimatkan makanan berlebihan daripada membuangnya
* Kurangkan makan di luar masak sendiri di rumah

Bijak Pakai

* Jangan terlalu terpengaruh dengan feyen terkini
* Jangan hanya membeli pakaian  berjenama
* Kitar semula pakaian lama
* Guna kain lampin dan bukan lampin pakai buang

Bijak Berhibur/Bercuti


* Melayan rakan-rakan di rumah
* Pilih kaedah pengangkutan paling murah
* Bercuti di luar musim puncak
* Bercuti dalam negara

Bijak Guna Tenaga

* Tutup lampu, kipas dan pendingin udara apabila tidak digunakan
* Jangan pastikan peti sejuk terlalu dingin
* Perbaiki kebocoran paip
* Amalkan kitar semula
* Kumpul air hujan untuk kegunaan harian

Bijak Atur Perbelanjaan

* Selaraskan enjin dengan betul
* Pastikan tekanan tayar sesuai
* Memandu pada kelajuan konsisten
* Berjalan bagi jarak perjalanan yang dekat
* Gunakan pengangkutan awam


Sebagai pengguna, kita harus bertindak bijak dalam berbelanja untuk meminimumkan kesan kenaikan harga terhadap kos sara hidup.

Saturday, January 22, 2011

RENUNGAN

NASIHAT DARI SAIDINA ALI ALAIHISSALAM:

Ilmu adalah lebih baik dari kekayaan kerana kekayaan harus dijagai,
sedangkan ilmu menjaga kamu.

Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada
mencari kesilapan orang lain.

PERKARA YANG ELOK DIINGATI SELALU

1.   Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk

     Sudah menjadi kebiasaan kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik pada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa nikmat Allah tidak terhingga kita terima. Lantaran itu kita terlupa
menyebut dan memuji Allah. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap masa, bukan hanya ucapan Al-hamdulillah hanya apabila kekenyangan.

2.   Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

     Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di  dunia bersamaan sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dan siksa dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang singkat fikiran yang sibuk memikirkan hal dunia. Manusia yang cerdik ialah mereka yang sibuk merancang wawasan akhiratnya. Saham amanah dunia tak pemting, yang paling penting adalah saham amanah akhirat yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat ganda!!

3.   Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian

     Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan menambah bekalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Dunia ibarat kebun akhirat..... kalau tak di usahakan manakan dapat hasilnya....
Contohi lah Saidina Ali, walaupun sudah terjamin akan ke syurga tapi tetap mengeluh dengan hebat akan kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat. Bayangkan pula diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini!  Selalu ingat akan kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia hanya sementara.

     Sama-samalah kita renungkan

Friday, January 21, 2011

PERKEP CEMERLANG

     Setiap tahun Perkep PSP akan memilih seorang ahli yang paling meyerlah untuk dinobatkan sebagai Perkep Cemerlang. Anugerah ini telah di mulakan pada tahun 2007. Berikut adalah paparan nya:
Tahun 2007 kita telah memilih 2 orang.

2007 -  1)   PUAN SHAMSIAH BT HJ JUSUH

               Mula meyertai Perkep PSP 5 pada tahun 1987. Bermula sebagai AJK trup C pada tahun 1998.
               1990 -  Penolong setia usaha
               1992 -  Memegang jawatan setiausaha sehingga tahun 1998. Beliau berehat seketika.
               2000 -  Memegang jawatan sebagai penyelaras Biro Masakan
               2001 -  Beliau di lantik sebagai setiausaha sehingga sekarang.
                           Beliau menjalankan tugasnya dengan amat komited. Sentiasa proaktif dan optimis.   
                           Sanggup menghadapi apa jua cabaran dan rintangan. Berpengalaman luas dalam Perkep
                           kerana telah bersama dengan 10 orang pengerusi sejak tahun 1987. Setelah lebih 23 tahun
                           bersama Perkep PSP 5 beliau amat memahami kerenah ahli-ahli Perkep dan sentiasa di
                           senangi semua. Seorang yang serba boleh.... mengaji, marhaban, menyanyi, menari dan
                           bersukan dan apa saja termasuk pakar dalam masakan.... jangan tak tau!

            2)   PUAN AMINAH BT SARJI

                Mula menyertai Perkep PSP 5 sejak tahun 1993. Seorang yang pakar dalam bidang masakan.
             1993 -  Bermula dengan jawatan AJK Kecil masakan.
             2001 -  Di lantik sebagai bendahari.
             2002 -  Menjadi ketua Biro Masakan hingga sekarang.
                        Beliau amat bertanggung jawab dengan tugas-tugasnya. Walaupun sentiasa sibuk dengan
                        tugas sendiri, tapi tugas-tugas dengan Perkep dilaksanakan dengan sempurna. Sanggup
                        mengorbankan masa dan tenaga demi Perkep yang amat disayanginya. Pernah ber
                        khidmat dibawah 7 orang Pengerusi.

2008 -   PUAN SHARIDAH BT AZIZ

             Mula meyertai Perkep PSP 5 sejak tahun 2001. Memegang jawatan AJK Biro Agama sejak
             tahun 2006. Aktiviti Biro Agama berjalan dengan lancar dibawah bimbingan beliau. Kumpulan
             marhaban bagitu aktif bergerak. Banyak jemputan untuk majlis perkahwinan dan khatam Quran
            di terima. Kelas mengaji setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu diteruskan sehingga sekarang, begitu
            juga dengan kelas Fardhu Ain.

2009 -  PUAN SHAHARINA BT AHMAD

            Memegang jawatan AJK Kecil Agama tahun 2009. Sentiasa berganding bahu dengan Puan
            Sharidah untuk menjayakan aktiviti Biro Agama. Sanggup mengorbankan masa dan tenaganya
            sama-sama mengajar bacaan Al Quran dan tajwid untuk ahli-ahli Perkep secara sukarela.
            Sentiasa memberi bantuan dalam apa saja acara Perkep. Berperwatakan riang, ceria dan amat
           di senangi rakan-rakan.

     TAHUN 2010 ! ! !  SIAPAKAH DIA....... KITA TUNGGU MESYUARAT AGUNG NANTI.....
Jika puan-puan ada cadangan nama calon sila hantarkan segera. Terima kasih semua
          
      
 

Monday, January 17, 2011

PERTANDINGAN SULAM APRON

     Pertandingan sulam apron telah diadakan bersempena penyampaian sijil kelas Kesejahteraan Keluarga pada 8 November 2010 yang lalu. Walaupun agak lama tapi kejayaan ahli-ahli kita patut dirai dan dikongsi bersama. Kita semua amat berbangga dengan bakat kawan-kawan kita dalam bidang jahitan dan sulam menyulam ini. Mari kita lihat saat kegembiraan mereka semua......



Tahniah untuk pemenang Puan Sharidah!

JUARA PUDING 1 MALAYSIA

PUDING LAPIS PELANGI 1 MALAYSIA

Bahan-bahan:
A)  200 gm agar-agar                                       B)     1200 ml air
     50 gm gula pasir                                                   25 gm agar-agar
     1/2 sudu besar biji selasih                                     150 gm gula pasir
     1/2 cawan cendol                                                 100 gm santan pekat
     130 gm susu cair                                                   sedikit pewarna merah,hijau,kuning dan garam
Cara:
1.   Masak agar-agar A hingga hancur masukkan gula pasir dan tapiskan. Masukkan biji selasih dan susu    cair kemudian adunan masukkan kedalam acuan.
2.   Masak agar-agar bahagian B hingga hancur dan masukkan gula pasir hingga larut. Kemudian masukkan santan dan tepung kastad. Masak dengan api yang perlahan dan kacau selalu.
3.   Bahagikan kepada 3 bahagian dan campurkan dengan warna hijau, kuning dan merah tadi (3 warna)
4.   Tuangkan berselang seli kedalam acuan. Biarkan adunan hampir beku setiap lapisan. Sejukkan dan sedia dihidangkan. Hiaskan dengan potongan buah naga diatasnya dan mengikut kreativiti masing-masing.
Selamat mencuba.... memang sedap.

 Untuk pengetahuan semua resipi ini telah mendapat johan dalam pertandingan puding 1 Malaysia yang diadakan di Kg Piandang, Batu Gajah Perak anjuran Kemas .Tahniah!

DAN PEMENANGNYA ADALAH .............

     
          

PUAN SITI NORINI BT SARTAM
Tahniah ! tahniah!

Saturday, January 8, 2011

CORAT-CORET PERKEP 2010

Kenangan sepanjang 2010 bersama Perkep.......
     Baru tahun ini dapat bersama Perkep sepenuh masa....dan menjadi suri rumah sepenuh masa juga.  Oh bukan senang rupanya dgn kerja rumah yang tak pernah habis dari pagi sampai ke malam.  ..dan tak pernah ada cuti rehat ..cuti tahun jauh sekali. Tapi semua itu dapat diharungi dgn penuh kesabaran. Apa pun jua yang kita lakukan dgn niat yang ikhlas kerana Allah selalunya akan di berkati. Segala cabaran yang datang dapat di lalui dgn sabar. Bertuahnya saya kerana mempunyai penyokong yang kuat disebelah setiap waktu. Dia sentiasa disisi disaat kita memerlukan...... mendengar rintihan jika dalam kesedihan ....menerima keluhan jika dalam keresahan. Jika tengah marah dialah juga tempat melepaskan geram !!! Siapa kah dia kalau bukan roomate saya yang sanggup menerima semua kerenah saya sepanjang tahun. Terima kasih.. terima kasih...terima kasih.

     Perkep kita tidak akan berjalan dgn lancar tanpa pengorbanan S/Usaha yang amat-amat setia lagi berusaha Puan Shamsiah Jusuh. Berpengalaman luas sebagai s/u sejak bertahun-tahun. Perjalanan Perkep menjadi mudah dan licin. Nak minta bantuan nya sebut apa saja dan bila-bila masa pasti boleh punya...
Orangnya serba boleh ....cakap saja nak mengaji, marhaban, menari.....rock ke ..joget ke... poco-poco ke... bersukan pula badminton ke... netball ke.. bola tampar ke.... dart ke semua boleh yong ooi. Jgn terkejut nanti kita nak melatih dia main golf pula tahun ni ha..ha..ha.. jgn mare   .   Sebut pasal s/u ni susah betul nak cari pelapis. Untuk orang2 baru  munculkanlah diri dan tunjukkan bakat yang ada. Saya tahu dlm kem kita ni memang banyak yang berbakat tapi sangat mahal nak tunjuk. Tak tahu dah macamana nak tarik minat org baru untuk sama-sama terlibat dgn Perkep. Tolong bantu saya untuk mencari jalan.....

     Barisan AJK 2010.... terima kasih atas kerjasama anda semua. Tanpa bantuan semua tak taulah apa nak jadi. Biro agama, Puan Sharidah dan Puan Shaharina sama-sama mantap. Jgn lah rendah diri sangat puan-puan berdua memang berbakat pemimpin,sabar,rajin dan berhemah.....sanggup mengajar Alquran secara percuma ..tuhan sajalah yang membalasnya. Semua aktiviti berjalan lancar. Kenangan indah bersama kumpulan Marhaban. Seronok betul dgn gelagat semua ahli... ceria dan riang. Kak Tie lain kali jgn tersilap selipar lagi ye. Kasut dah buruk dapat pula yang baru.. pandai sungguh dia ye!

     Puan Rahida jgn putus asa ye, kita akan teruskan kelas poco-poco pada tahun ini. Kena agresif sikit cari geng baru. Walau bagaimanapun tarian kanak-kanak kita dah berjaya dan teruskan unt tahun ini dgn lebih ramai ahli. Puan Syima dgn biro sukan pula dah mantap le tu. Perlawanan dart dulu tu amat meriah. Kita dah berjaya menarik ramai ahli untuk ikut serta.  Kira ok le tu. Tahniah untuk HQ yang menjadi juaranya. Besar sungguh pialanya.....Ok siap sedia untuk kejohanan bola jaring tahun ini. Piala pusingan dah ada cantik dan berkilau. Terima kasih YB Zul yang sudi menaja untuk kami. Untuk semua biro-biro yg lain juga tidak dilupakan ...Puan Salmah AJK Pendidikan, Puan Tuminah Kebajikan yg sentiasa bertungkus lumus menjayakan program kita bersama-sama SM Baharom. Jasa anda semua tetap di kenang.

    Tukang masak semua semoga sehat sentiasa. Dapor kita selalu ceria dgn Puan Minah, Zalina, Wati, Ina, Yah, Lia, Ani dan ramai lagi. Seronok dekat sana rasa macam tak mau balik. Sembang-sembang dan makan-makan... kita macam satu keluarga. Roshani ! pindah lah kat sini boleh join kelas masak dan boleh belajar macam-macam resipi yang tak ada dlm buku atau naik saja motor dtg sini. Opss.. jgn marah tuan..
Kita sedang cari pelapis bahagian masakan ni tapi tak dapat-dapat lagi.....

     Tahun ini beberapa ahli kita dah bersara dan berpindah. Semoga kehidupan mereka diberkati Allah selalu. Terima kasih untuk Pen S/U cek gu Awie dan bendahari Puan Rashidah serta Puan Zaleha yg selalu meluangkan masa berharga mereka untuk Perkep. Walaupun sentiasa sibuk mereka tetap ada disaat kita memerlukan. Betul lah seperti kata pakar motivasi " setiap org ada 24 jam, kita yg menguruskan masa kita sendiri, kalau kita kata tak ada masa memang sampai bila-bila pun tak akan ada masa untuk kita. Yg penting bagaimana kita menggunakan MASA tersebut"

     Naib Pengerusi Puan Sawian TQ kerana sentiasa menyokong dan memberi kerjasama. Tapi senyum la sikit jangan serious sangat. Tahun ni nak bercuti kat mana pula! Untuk semua terima kasih tidak terhingga dan kita akan tetapkan matlamat Perkep untuk tahun ini. Suspen sikit.... Maaf diatas semua ketelanjuran sepanjang tahun 2010 semuanya tidak disengajakan. Saya sayang anda semua.......
Sekian..     Pengerusi PSP 5

Wednesday, January 5, 2011

20 Tip Mendidik Anak Cemerlang

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik

bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari

ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan

mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.  Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga

Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda

kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.  Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri

mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya

sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali

ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah

peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak

mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda

mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna

ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah

anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka

tetapi kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu … ” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa….  ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah mati”