Sunday, December 26, 2010

MALAM ALUMNI PERISAI

      Sungguh meriah dan happening habis. Seronok tengok veteren FRU 5 bergembira, bergelak ketawa mengingat kisah-kisah lama mereka semasa muda ....ada yang jadi toke tikam dan mlm tu tentulah nostalgia itu dihidupkan kembali. Paling kelakar bila Sabri Fadhil membuat persembahan.... oh pandai sekali bergelek ye tapi ada gangguan sikit dengan perut tu .... tapi masih mengancam nyanyian nya buatkan semua audien pecah perut. YB Zul pun gembira bertemu kawan-kawan lama, ada yang dah 20 tahun tak jumpa ..bila jumpa macam tak caya! kenapa ya .. faham-faham aje lah ....

     Sukan waktu petang pun seronok juga. Perlawanan bola jaring antara anak-anak PERISAI dengan Perkep - keputusan nya Perkep menang dengan mata 8 - 5 banyak tu gol nya! yang penting semangat kesukanan dan kekeluargaan yang di tunjukkan oleh pemain-pemain. Bola sepak pula yang unik nya siapa yang masuk gol dulu.... pasukan yang kalah tu kena tanggalkan baju ...maka dgn itu terpamerlah body masing-masing ...sungguh meriah dan pemain nya amat ramai pula rasanya lebih dari 30 orang dalam padang. Mengikut sejarah macam ni lah mereka main bola kat kem ni masa muda-muda dulu. Lagi satu yang syok nya perlawanan ni tak ada pengadil. Bila tak ada pengadil kita tak akan dengar bunyi wisel. Cuma dengar sorakan penyokong saja. Habis tu bila nak abis nya   ha ha klimak nya dah dekat nak Maghrib depa pun dah letih. Masing-masing pun cakap... dah lah ..cukuplah setakat ini maka tamatlah perlawanan persahabatan tersebut.  Sapa menang ye......Nampaknya PERISAI yang tak pakai baju dialah yang kalah....

     Terima kasih adik-adik penari kita yang sungguh anggun dan comel mengadakan persembahan tarian dibawah pimpinan puan Rahida dan Azizul yang begitu komited mengadakan latihan setiap malam. Adik-adik tu sayang sangat dengan cik Ida ye sebab diaorang cakap cik Ida baik, masak sedap tapi kadang garang juga ye...tentulah adik oi kamu sema tu nakal selalu main-main. Abang Azizul tu garang ye.. tak lah dia tu serious bila ngajar..

     Bersama kenangan.. pesta alumni tersebut saya bagi pehak Perkep dan seluruh keluarga di kem ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada semua AJK dan ahli PERISAI bersama keluarga yang sudi membuat sambutan di sini. YB Zul TQ kerana sudi menyumbangkan piala yang amat cantik.. insyaalah kami akan mengadakan perlawanan bola jaring pada tahun depan bagi merebut piala ini nanti.

     Ahli Perisai ramah dan riang
Melawat kem yang lama ditinggalkan
     Sesama keluarga berkasih sayang
Kenangan disini jangan di lupakan

     Berpesta bermain serta bersukan
Beramah mesra berpasang pasangan
    Apa yang kurang harap maafkan
Berjumpa lagi di tahun hadapan
  

No comments:

Post a Comment