Friday, December 31, 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2011. SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN DAN KECEMERLANGAN BUAT KITA SEMUA. DAN SEMOGA DI TAHUN INI LEBIH RAMAI LAGI AHLI YANG AKAN BERGERAK AKTIF DALAM PERSATUAN KITA.
Thursday, December 30, 2010
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI PERKEP KONTINJEN PERAK
Majlis serah terima tugas diantara Datin Hasnah (Timbalan Pengerusi Perkep Perak) dengan Datin Uminajah bt Shamsudin telah di adakan pada 30 Dec 2010 jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dengan di saksikan oleh Pengerusi Perkep Malaysia Datin Seri Suriati. Majlis tersebut juga telah di hadiri oleh semua pengerusi Perkep daerah dan formasi seluruh negeri Perak.
Majlis suaikenal diantara Pengerusi Perkep Malaysia dan Pengerusi Perkep kontinjen Perak dengan semua yang hadir berjalan dengan lancar dan santai. Amanat yang di sampaikan akan di jadikan panduan untuk menerajui Perkep daerah masing-masing. Satu pesanan Datin Seri Suriati ......Jadi lah Ahli Perkep yang berdedikasi, berhemah tinggi dan bersemangat waja...sentiasa menjadi yang terbaik dan menjadi contoh pada orang lain. Terima kasih Datin Seri.
Pada Datin Uminajah selamat datang dan menerajui Kontinjen Perak dengan cemerlang. Dengan pengalaman yang luas sebagai pensyarah tentu sekali Datin amat berpotensi untuk memimpin Perkep dengan lebih berjaya.

Sunday, December 26, 2010
MALAM ALUMNI PERISAI
Sungguh meriah dan happening habis. Seronok tengok veteren FRU 5 bergembira, bergelak ketawa mengingat kisah-kisah lama mereka semasa muda ....ada yang jadi toke tikam dan mlm tu tentulah nostalgia itu dihidupkan kembali. Paling kelakar bila Sabri Fadhil membuat persembahan.... oh pandai sekali bergelek ye tapi ada gangguan sikit dengan perut tu .... tapi masih mengancam nyanyian nya buatkan semua audien pecah perut. YB Zul pun gembira bertemu kawan-kawan lama, ada yang dah 20 tahun tak jumpa ..bila jumpa macam tak caya! kenapa ya .. faham-faham aje lah ....
Sukan waktu petang pun seronok juga. Perlawanan bola jaring antara anak-anak PERISAI dengan Perkep - keputusan nya Perkep menang dengan mata 8 - 5 banyak tu gol nya! yang penting semangat kesukanan dan kekeluargaan yang di tunjukkan oleh pemain-pemain. Bola sepak pula yang unik nya siapa yang masuk gol dulu.... pasukan yang kalah tu kena tanggalkan baju ...maka dgn itu terpamerlah body masing-masing ...sungguh meriah dan pemain nya amat ramai pula rasanya lebih dari 30 orang dalam padang. Mengikut sejarah macam ni lah mereka main bola kat kem ni masa muda-muda dulu. Lagi satu yang syok nya perlawanan ni tak ada pengadil. Bila tak ada pengadil kita tak akan dengar bunyi wisel. Cuma dengar sorakan penyokong saja. Habis tu bila nak abis nya ha ha klimak nya dah dekat nak Maghrib depa pun dah letih. Masing-masing pun cakap... dah lah ..cukuplah setakat ini maka tamatlah perlawanan persahabatan tersebut. Sapa menang ye......Nampaknya PERISAI yang tak pakai baju dialah yang kalah....
Terima kasih adik-adik penari kita yang sungguh anggun dan comel mengadakan persembahan tarian dibawah pimpinan puan Rahida dan Azizul yang begitu komited mengadakan latihan setiap malam. Adik-adik tu sayang sangat dengan cik Ida ye sebab diaorang cakap cik Ida baik, masak sedap tapi kadang garang juga ye...tentulah adik oi kamu sema tu nakal selalu main-main. Abang Azizul tu garang ye.. tak lah dia tu serious bila ngajar..
Bersama kenangan.. pesta alumni tersebut saya bagi pehak Perkep dan seluruh keluarga di kem ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada semua AJK dan ahli PERISAI bersama keluarga yang sudi membuat sambutan di sini. YB Zul TQ kerana sudi menyumbangkan piala yang amat cantik.. insyaalah kami akan mengadakan perlawanan bola jaring pada tahun depan bagi merebut piala ini nanti.
Ahli Perisai ramah dan riang
Melawat kem yang lama ditinggalkan
Sesama keluarga berkasih sayang
Kenangan disini jangan di lupakan
Berpesta bermain serta bersukan
Beramah mesra berpasang pasangan
Apa yang kurang harap maafkan
Berjumpa lagi di tahun hadapan

Thursday, December 23, 2010
KEJAYAAN CEMERLANG - ANAK-ANAK HARAPAN
TAHNIAH....TAHNIAH....TAHNIAH
Untuk semua anak-anak PSP5 yang telah mendapat kejayaan cemerlang dalam PMR 2010

Anda lah harapan negara dan pemimpin masa depan.
Wednesday, December 22, 2010
MAJLIS ALUMNI BELIA PERISAI PSP 5 SG SENAM
Latar belakang:
Persatuan Belia Anak-anak Anggota PSP 5 (PERISAI) telah ditubuhkan awal tahun 70an dimana sebahagian besar anak-anak anggota telah menjadi ahlinya. Mereka dibimbing oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan untuk memastikan kelancaran perjalanan aktiviti. Sejak terbinanya pengkalan PSP Sg senam pada akhir 1960an, belia-belia ini membesar bersamanya. Kini setelah 25 tahun mereka ingin kembali ke pengkalan ini bagi mengenang kembali zaman kanak-kanak mereka, menggamit nostalgia remaja serta mengimbas kembali pengorbanan orang tua mereka terhadap tugas di pengkalan ini.
Banyak di antara bekas ahli PERISAI kini telah menjadi ikon tempatan dan ikon kebangsaan. Kini bekas ahlinya ingin mengadakan alumni dan juga perjumpaan veteren PSP yang telah bersara.
Tarikh : 25 Dec 2010- pendaftaran 7.30 pg
10 pg - 12 tgh - Ceramah Motivasi untuk anak-anak anggota
1 tgh - jamuan tengahari dan solat serta majlis tahlil
4.30 ptg - acara sukan
8.00 mlm - jamuan makan malam dan persembahan pentas
Semua ahli Perkep di harap dapat sama-sama memeriahkan majlis dan meyertai acara sukan bola jaring yang akan diadakan nanti. Jangan lupa membawa anak-anak untuk menyertai acara sukanika. Sama-samalah kita memberi sokongan pada PERISAI dan menyambut mereka semua sebagai tetamu di tempat kita. Anak-anak PSP juga akan mengadakan persembahan pada malam itu nanti. Kepada semua tetamu kami ucapkan selamat datang dan bergembiralah ..... tentu seronok mengingat kisah lama semasa nakal dulu ......

Thursday, December 16, 2010
MAJLIS JAUH DIMATA DEKAT DIHATI
Malam ini 17 Dec akan diadakan majlis tersebut khas untuk Datin Noraini yang mengikuti suaminya YDH Dato Pahlawan Zulkifli bin Abdullah yang bertukar ke KL sebagai ketua Polis Kuala Lumpur. Majlis dianjurkan oleh Perkep Kontinjen Perak. Semua ahli Perkep mengucapkan selamat berhijrah ke tempat baru dan tabah menghadapi semua cabaran.
Kami dari PSP 5 Ipoh dan dari lain-lain daerah akan merasai kehilangan Datin dan tentunya senyuman.... kelembutan Datin akan tetap dihati. Kami semua mendoakan kebahagiaan Datin sekeluarga selamanya. Amin....
Kami juga mengalu-alukan kedatangan Pengerusi baru dari Terengganu. Selamat datang ke Perak Datin...

Gotong Royong memasak bubur Asyura
Satu gotong royong memasak bubur Asyura telah diadakan pada 10 Muharram bersamaan 16 Disember 2010 di Surau PSP 5.
Sejarah Hari Asyura
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
Subscribe to:
Posts (Atom)