Saturday, May 11, 2013

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

     Assalamulaikum semua......
Tentu ada sebabnya begitu lama tiada bingkisan disini......maklum saja segala yang berlaku adalah dengan kehendak Nya jua. Syukur kerana negara kita masih aman selepas pilihan raya yang penuh dengan debaran....walaupun disana sini ada perhimpunan dari mereka yang tidak puas hati....yang sengaja mencabar kewibawaan polis. Tahniah pada rakyat yang masih bijak membuat pilihan.....sama-sama berdoa semoga negara tetap aman selamanya.
     Bulan Mei banyak sambutannya...bermula dengan hari Buruh pada 1 Mei, Hari Ibu dan hari Jururawat pada 12 Mei,diikuti dengan hari Guru pada 16 Mei.....selamat semuanya. Kita masih dapat meraikan dengan gembira sebab kita 1 Malaysia.
     Takziah diucapkan pada keluarga Puan Ayu trup C kerana pemergian ibunya kerahmatullah pada 11 Mei..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman - Amin. Disamping berita sedih ada berita gembira dengan kelahiran seorang putera dari pasangan Ayu dan Fakarudin. Tahniah diucapkan.
     Tunggu gambar-gambar kenangan yang akan dimuatkan nanti........Tungguuuuu