Friday, September 7, 2012

MAJLIS PERPISAHAN


 
Majlis perpisahan untuk Timbalan Pegawai Pemerintah dan Isteri telah diadakan pada 7 Sept oleh staf HQ. Kami semua mengucapkan selamat bertugas ditempat baru -IPD Pontian Johor. Perkep akan kehilangan naib pengerusi Perkep yang seperti kata Tuan Jogkhiri "sedikit keras tapi ikhlas". Semoga puan Sawian akan lebih menyerlah ditempat baru nanti! jangan lupakan kami ye.....kalau balik ke Batu Gajah jenguk2 lah kami disini.....

 
 


Amboi2.....bukan main pose lagi


Cenderahati kenangan ikhlas diberi
Untuk Tuan suami isteri
Salah dan silap harap dimaafi
Umur panjang berjumpa lagi!
 


MAJLIS BACAAN YASSIN

     Pada 6 Sept Perkep telah mengadakan majlis Bacaan Yassin khas untuk anak-anak yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kita semua mendoakan yang terbaik untuk ana-anak semua. Selamat menempuh peperiksaan.......BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL.........AMIN




AKTIVITI SEPANJANG RAMADAN

     Sepanjang Ramadan yang lalu banyak aktiviti bersama perkep telah diadakan. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Tanpa anda semua semua program tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Dipaparkan gambar untuk tatapan semua.......

Turut hadir majlis ceramah agama di Mes Pegawai


Majlis Penyerahan kueh raya unt anggota keselamatan

Mewakili kontinjen Perak -Majlis Khatam Quran Umno Ipoh Timur
Menerima sumbangan Hari Raya dari Umno unt Kontinjen Perak
Bersama wakil dari IPK Perak
Majlis Khatam Quran kumpulan Masjid Hospital
Kenangan bersama S/U diMasjid Hospital
Majlis Khatam Quran bersama Anggota PSP 5 Ipoh

Majlis Khatam Quran Perkep PSP 5