Sunday, May 20, 2012

PERTANDINGAN MENGGUBAH TELUR BURUNG PUYUH

     Jangan tak tau Perkep kita telah menyertai pertandingan tersebut pada 19 Mei 2012 anjuran UMNO Ipoh Timur sempena program Hari Keluarga 1 Malaysia. Kumpulan Noor Aishah bersama ibu dan adiknya telah mendapat naib johan. Tahniah diucapkan. Kumpulan Kasmawati jangan pula sedih ye lain kali cuba lagi........




Mengukir carrot dengan senyuman



Kumpulan Noor

Bersama cik gu Ina

Menunggu keputusan

Tengok la hadiah yg kami bolot

Hadiahnya..wang tunai


Merak dirimba mendapat naib johan

Menyiapkan gubahan disaat akhir!


Gubahan kumpulan Kasmawati


Johan pertandingan

PERTANDINGAN DART

     Pertandingan dart antara unit telah diadakan dengan meriah sekali pada 11 dan 12 Mei yang lalu...... untuk merebut piala Pegawai Pemerintah. Pertandingan berjalan dengan penuh semangat kesukanan. Tahniah pada semua pemain dan anggota yang memberi kerjasama pada isteri yang mengambil bahagian. Bukan senang bergilir bermain antara isteri dan suami yang sama-sama mengambil bahagian....melayan anak-anak.....dan menyusukan anak! Melihat semua itu membuat hati terasa sayu pula...pengorbanan demi menjayakan satu pertandingan. Terima kasih semua.
     Juara nya adalah dari Pusat Latihan yg mengalahkan pasukan Trup A di perlawanan akhir. Tempat ketiga dari Trup C, keempat dari Ibu Pejabat dan kelima Trup B. Tahniah pada penganjur khasnya pada Tuan Halimi yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahun depan kita buat lebih besar lagi ye boleh ke Tuan?

Gaya juara 2012







Memang bergaya!

SM tetap memberi sokongan



Antara hero yang turut memberi sokongan

Yang penting hati gembira!







Meriah dgn anak-anak dan bapa2


Pusat Latihan merampas piala pusingan dari Ibu Pejabat

Suke nye dia!

Trup A naib johan