Wednesday, March 28, 2012

MAJLIS HARI LAHIR

     Tarikh 28 hb Mac amat bermakna sekali...itu lah tarikh harijadi Pegawai Pemerintah PSP 5. Tiba-tiba saja teringat nak raikan harijadi pula.......maka berlangsung lah majlis kecil-kecilan semalam...hanya sahabat terdekat saja...maaf pada yang lain-lain, majlis yang tidak dirancang! Terima kasih pada Juan & friends yg menyumbangkan kek yang amat cantik dan sedap!


Semoga hidup penuh keberkatan Amin!








TQ pada semua yang bakar ikan tu



Sunday, March 25, 2012

JOM SEMAK

Keputusan Ujian dan Peperiksaan anak di peringkat sekolah boleh disemak oleh ibubapa secara online di
http://saps.moe.gov.my/access-denied.php

Cara:
1. Masuk ke halaman di atas.
2. Klik Semakan Ibubapa
3. Masukkan Ic/Surat Beranak anak
4. Klik Jenis Sekolah
5. Semak.

Ibubapa perihatin tunggak kecemerlangan anak.

BIRO PENDIDIKAN 

MESYUARAT AGUNG PERKEP KONTINJEN PERAK

     Mesyuarat Agung Perkep Perak telah diadakan pada 19 Mac 2012 yang lalu ... berjalan dengan lancar dan tenang. mesyuarat telah dirasmikan oleh Ketua Polis Perak- Datuk Shukri. Dalam ucapan peresmian, beliau sekali lagi menegaskan untuk bekerjasama dan sedia memberi bantuan yang diperlukan oleh Perkep dan pada tahun ini diharap Perkep dapat menjalankan aktiviti dengan lebih aktif dan berkesan. Gerai jualan juga ada disediakan bagi kemudahan ahli-ahli Perkep yang ingin berniaga. Perkep PSP tidak ketinggalan menjual kuah rojak dan pecal yang sudah terkenal itu....... memang sedap!
Bersama Puan Fazilah- bendahari Perkep kontinjen

Lapar ke.... tak ada makan ke?

Suke nye dia....

Menunggu mesyuarat dimulakan

Datin membeli- belah digerai

Bersama Datin Umi dan Datin Noraidah- Biro Sosial

Datin Uminajah - kata-kata aluan sebelum memulakan mesyuarat

Saturday, March 24, 2012

SAMBUTAN HARI POLIS KE-205

Sambutan Hari Polis yang ke 205 peringkat Kontinjen Perak telah diadakan pada 25 Mac 2012 bertempat di FRU 5. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli PERKEP yang bersama-sama memeriahkan sambutan. Ini menunjukkan keperihatinan dan kesediaan isteri-isteri berada bersama para suami dalam membantu menggerakkan pasukan keselamatan. Dengan tema sambutan "Komuniti Sejahtera Komitmen Kami", sambutan telah di rasmikan oleh Ketua Polis Perak.









Monday, March 19, 2012

MAKLUMAN

Assalamualaikum wbt.

Untuk anak-anak yang akan menerima keputusan SPM esok (21 Mac 2012), semoga semuanya akan berjaya dengan cemerlang.

Makluman:
Permohonan kursus perguruan lepasan SPM. Lawat:

http://eputra.com/permohonan-kursus-perguruan-lepas-spm-kplspm-ambilan-jun-2012/

Karnival Pendidikan Mara
7-8 April 2012 di Stadium Indera Mulia.

Permohonan terus ke UITM
di UITM Seri Iskandar pada 24 & 25 Mac 2012
Bawa slip keputusan SPM 2012 dan terus mohon.

Semoga anak-anak PSP 5 akan beroleh kecemerlangan dunia akhirat.

BIRO PENDIDIKAN PERKEP PSP 5

Wednesday, March 7, 2012

KENANGAN DIPULAU MUTIARA

     Tahniah buat SM Baharom dan Puan Tuminah yang selamat menerima menantu pada 4 March 2012. Sungguh meriah dan berwarna-warni sekali.....menantu yang comel bertemu dengan anakanda yang handsome bagai pinang dibelah dua kan!!!
Warna kuning warna ungu
Bunyi kompang bertalu-talu
Pengantin tersenyum malu-malu
Tahun depan SM dapat cucu!

Rombongan bersiap sedia


Doa mengiringi perjalanan

Sape yang nak menikah ni?

Ni baru betul pengantinnya

Manisnya menantu Kak Mie! bersama ibunda

Menunggu majlis akad nikah

Senyum tapi dalam hati siapa yang tahu debarannya kan?



Bersama ahli keluarga baru....tahniah

Orang kuat perkep