Thursday, November 17, 2011

SELAMAT BERJAYA

     Musim temuduga L/Koperal ke Koperal telah 2 hari bermula. Untuk semua yang terlibat Perkep mengucapkan selamat berjaya.........hadir temuduga dengan penuh keyakinan diri,imej yg memikat dan jangan lupa senyum sebab senyum akan membawa rezeki.....senyum juga sedekah. Akhir sekali bertawakal dan berdoa ....segalanya ditangan Allah.
     Tahniah untuk semua anak-anak yang berjaya dengan cemerlang dalam UPSR, disambut dengan penuh kesyukuran......dan yang kurang berjaya jangan lah terlalu kecewa sebab penamatnya bukan disini....perjalanan anak-anak masih jauh lagi dengan peluang yang lebih baik dimasa depan.
     Semalam dalam perlawanan bola sepak SEA games....... tahniah untuk pasukan Malaysia yang menang dgn Indonesia 1- 0......walaupun banyak kali melepaskan peluang keemasan untuk menambah jaringan.......90 min yg penuh dgn debaran hampir nak sakit jantung rasanya! Dan kami ucapkan Malaysia akan terus berjaya dan dapat masuk final dgn membawa pulang gold medal

Sunday, November 13, 2011

MAJLIS JUARA RAKYAT - MAYANG UMNO IPOH TIMUR

     Perkep PSP 5 telah mengambil bahagian dlm pertandingan memasak bubur nasi yang diadakan sempena majlis tersebut. Team PSP telah mendapat tempat kedua dalam acara itu. "Bubur nasi ketam berkismis"....... memang sedap dan mencuri hati juri! Seronoknya pasangan Aminah dan Kasmawati membolot hadiah ye! Dalam majlis tersebut juga ,Mayang Ipoh Timur juga menyampaikan sumbangan pada NGO dikawasan Ipoh Timur. Terima kasih yang tidak terhingga terutama pada Datuk Azian Pengerusi Mayang yang amat bermurah hati,....Terima kasih daun keladi ye Datuk!!!. Bangganya dengan Perkep Kita...... walau dimana tetap disegani dgn imej tersendiri...keep it up!
TQ Datuk Azian....sumbangan akan digunakan sebaik mungkin

Memberi sokongan moral sebelum pertandingan......

Pasangan tukang masak berpengalaman!

Hidangan yg amat lazat dan memikat hati juri... berebut-rebut orang nak rasa

Kenangan didewan UMNO


Sama-sama merasa

Saturday, November 12, 2011

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM & STPM



     Untuk semua anak-anak anggota PSP 5 Perkep mengucapkan selamat menempuh peperiksaan. Kami doakan kejayaan semua..... kejayaan anda adalah kejayaan kita semua. Amin
Majlis bacaan yassin telah diadakan pada 12 November yang lalu diketuai oleh Ustazah Siti. Terima kasih pada semua ibu-ibu yang ramai datang memberi kerjasama dan sokongan. Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT.

Thursday, November 10, 2011

BIRO MASAKAN/ IKS PSP 5 - JUALAN KUAH ROJAK

Pengerusi Biro Masakan dgn gaya tersendiri


Proses mengisi kuah dalam bekas untuk jualan - RM4.50 satu ye murah tu!

Ini acara wajib---ujian rasa bersama buah mangga!

Mendinginkan kuah sebelum ditutup penutupnya

Dah selesai. berehat dulu

Seronok betul ye ...untung niaga kita ke Langkawi ye ..sabar...sabar

Jualan kuah rojak berjalan dengan rancak sekali. Siapa yang sudah merasa pasti akan datang kembali mencari. Murah saja hanya RM4.50 untuk satu bekas. Kami sedia menerima tempahan pada bila-bila masa.


MAJLIS KORBAN PSP 5 IPOH

     Majlis Korban telah diadakan pada hari raya ke3 - 8 November 2011 diSurau Al-Mustaqim PSP 5. Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan untuk diagih-agihkan kerumah-rumah anak-anak yatim disekitar bandaraya Ipoh. Anggota dan ahli Perkep telah bergotong royong menjayakan majlis tersebut. Yang berhormat (YB Kulim) Zulkifli Nordin turut menyumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan. Majlis kenduri turut diadakan dan yang menariknya ada gulai daging dengan batang pisang... memang sedap yang dimasak oleh SM and the team. Kesimpulannya PSP 5 memang paling best!!!

Nak buat air asam ni



Sapa yg tak pernah tengok.. inilah batang pisang yg nak digulaikan

Mesti la sedap tengok le tukang masaknya!

Didapur surau...hai spot check ke?

BERSANTAI

     Bila kebosanan melanda macam-macam rancangan diatur. Nak berkelah jauh susah...mcm2 pula halangan nya. Akhirnya kami berkelah dan bersantai dibawah pokok saja tapi seronok juga. Macam2 jenis lauk ada sampai tak tau nak makan yang mana satu. Sambil melihat kenderaan bertali arus dijalan dan hembusan angin dibawah pokok .....makan dan makan sambil bergurau senda. Terimakasih pada yang bakar ikan tu ye dan air asamnya sungguh menyelerakan!Tapi yang sedihnya ketua penganjurnya tak dtg pulak dgn sayor keladinya....apa dah jadi

Makan gaya bebas.....

Rasanya dah kenyang dah kot ni Minah?


Tengok tu semua sedap belaka....

Dah tak nampak org dah!

MESRA JIRAN BLOK B & C

     Program Mesra Jiran terus berjalan dengan lancar buat kali ke 8 pada 30 Oktober 2011. Sungguh meriah sekali sambutan yang diberikan. Semangat kerjasama dan perpaduan antara mereka amat jelas sekali- bergotong royong membersihkan kawasan blok dan menyediakan hidangan.... nasi dagang dan beranika jenis kueh muih. Semuanya lazat-lazat belaka. Disamping menikmati hidangan jangan lupa objektif Mesra Jiran....... untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan antara kita, saling bantu membantu dalam apa jua keadaan dan mengenali lebih dekat teman-teman baru untuk sama-sama aktif dalam aktiviti Perkep. Amat bersyukur sekali kerana program ini mendapat kerjasama yang amat erat dari kaum lelaki. Tanpa bantuan dari mereka semua tenti sekali program ini tidak dapat dijayakan dengan sempurna. Terima kasih semua!
Org2 kuat Perkep menyambut tetamu

Ramai! meriah sekali

Terima kasih CO! sentiasa ada memberi sokongan....


Pengacara glamour...Encik Ali

...dan pasangan pengacara

Puan Kamsiah.. turut meraikan persaraannya


Makan...jgn tak makan semuanya sodap yong...

Terima kasih semuanya... bulan depan blok mana ye?