Tuesday, November 23, 2010

Mari kita cuba- PUDING LAPIS SARAWAK

Bahan-bahan ( 100 cup )

  • 1 paket dadih segera (del pakai perisa oren)
  • 200 gram gula
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin buah-buahan campur
  • 1 bungkus agar-agar
  • 1 cawan milo
  • 6 liter air
  • 1 tin buah longan
  • Kek lapis sarawak secukupnya (kek lapis mariza pun boleh)

Cara-cara

  1. 25-08-07_2243
    Potong kek lapis seperti dalam gambar.
  2. 25-08-07_2301
    Susunkan kek lapis di dalam cup.
  3. 25-08-07_2318
    Masak dadih mengikut arahan pada pek.(dadih yang del gunakan - masak serbuk dadih bersama 3 liter air dan 100 gram gula serta 1 tin susu cair)..Tuangkan dadih di dalam bekas yang berisi kek lapis hingga 1/2 penuh.Biarkan keras.
  4. Potong buah-buahan campur dan buah longan kecil-kecil.Letakkan di atas bahagian dadih yang telah keras.
  5. 26-08-07_0142
    Masak agar-agar dgn 3 liter air hingga hancur.Masukkan 100 gram gula, milo dan susu pekat.Kacau sebati.Angkat dan tapiskan.Tuangkan pula agar-agar ini memenuhi cup tadi.Sejukkan dalam peti sejuk.Siap utk dihidang.


PETUA KELUARGA BAHAGIA

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah

Saturday, November 13, 2010

Hari penyampaian sijil Kelas Kemas

Tarikh :  8 Nov 2010
Tempat:  Dewan Orang Ramai Kg Piandang, Batu Gajah, Perak
      Seramai 10 orang ahli Perkep PSP 5 telah hadir di majlis tersebut. Untuk memeriahkan majlis, pertandingan sulaman apron dan puding telah diadakan. Perkep PSP telah menjuarai dalam kedua-dua pertandingan tersebut.

Sulaman -  Tempat pertama -   Puan Sharidah
                 Tempat kedua    -   Puan Hayati

Puding    -  Tempat pertama -  Puan Ani

   Kepada pemenang-pemenang TAHNIAH di ucapkan

Tuesday, November 9, 2010

10 PERKARA PENGHAPUS DOSA

1 Istigfar(memohon ampun)

2 Taubat dgn bersungguh sungguh

3 Mengerjakan amalan kebaikan yg menghapus dosa sebagaimana firman Allah s.w.t. yg bermaksud;
"sesungguhnya amal amal kebajikan(terutama sembahyang)itu menghapuskan kejahatan.Perintah2 Allah yg demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yg mahi beringat."(surah Hud 11:114)

4 Mendapat berbagai bagai musibah dan di terima dgn redha

5 Doa orang soleh yg diperuntukkan bagi yg bersangkutan

6 Penderitaan sakit yg tidak terperi saat sakaratulmaut menjemput ke alam barzakh

7 Azab kubur

8 Ketakutan yg amat sangat pada hari  menghadap Allah s.w.t. pada hari kiamat kelak.

9 Syafaat Rasulullah s.a.w..para wali Allah dan syafaat orang soleh

10 Rahmat drp Allah

Petikan dari SOLUSI

BATAS AURAT

1 Aurat sesama wanita Muslimah: Dari pusat hingga ke lutut

2 Aurat dgn lelaki ajnabi:
  (samada muslim atau bkn muslim).....Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan

3 Aurat dgn wanita  bkn muslim......Sama dgn aurat dihadapan lelaki ajnabi,namun dlm situasi tertentu spt di asrama sebilik dgn non muslim dan jika baik moralnya,maka dibolehkan mendedahkan anggota badan yg biasa terdedah(spt rambut,leher,tangan hingga ke siku dan kaki) tatkala melakukan kerja didalam rumah.

4 Aurat dihadapan mahram....Dari pusat hingga ke lutut menurut mazhab Syafi'i.

5 Aurat dlm solat....Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

6 Aurat wanita dgn kanak2.....
*kanak2 belum mumaiyiz tiada aurat
*kanak2 mumaiyiz yg tiada syahwat auratnya ialah dari pusat hingga ke lutut
*kanak2 mumaiyiz yg ada syahwat dan ajnabi auratnya ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

7 Aurat bersama suami...tiada aurat

Petikan dari majalah SOLUSI

RUKUN NEGARA

1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4 KEDAULATAN UNDANG UNDANG
5 KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Sudah tiba masanya prinsip2 Rukun Negara dihayati sepenuhnya oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini.Sungguh murni makna yang tersirat di dalam setiap satu rukun  tersebut yang sememangnya mengajak kita untuk membina perpaduan.
Prinsip2 ini penting untuk difahami oleh semua masyarakat agar dapat memastikan keamanan sentiasa  kekal subur dalam segala aspek.
Jika pemahaman tentang prinsip ini lemah terutamanya dalam kalangan generasi muda hari ini maka keharmonian masyarakat berbilang kaum akan tercalar.
Sebagai ahli perkep,kita juga boleh memainkan peranan terutamanya dalam memberi penerangan kepada anak anak mengenai kepentingan Rukun Negara,menghayatinya dan memupuk semangat cintakan negara.Marilah kita sama sama menumpahkan bakti kepada negara.Fikirkanlah apa yang boleh kita sumbangkan pada negara tercinta ini.......

PEMERDAGANGAN ORANG

Maksud pemerdagangan orang ialah perdagangan manusia melalui paksaan dan penipuan utk tujuan eksploitasi.Mangsa pemerdagangan orang dipaksa atau ditipu utk menjalankan aktiviti pelacuran dan eksploitasi seksual,buruh paksaan,perhambaan dan praktik serupa perhambaan,pengabdian juga pemindahan organ.
   
  Pemerdagangan orang boleh terjadi samada di dlm negara(mangsa yg didagangkan di dalam negara sendiri) atau di luar negara(mangsa didagangkan di negara asing).
Pemerdagangan orang adalah pencabulan hak asasi manusia..ini kerana mereka:
*dinafikan hak kepada kehidupan,kebebasan dan keselamatan;
*dinafikan hak kepada kesihatan;
*dinafikan kebebasan utk bergerak;
*diperlakukan sebagai hamba;
*diberi layanan kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Contoh kes2 pemerdagangan orang
*Seorang kanak kanak telah dibawa ke suatu tempat untuk bekerja sebagai buruh paksaan di sebuah kilang
*Seorang warganegara asing dijadikan pelacur tanpa kerelaannya
*Seorang warga Indonesia dipaksa bekerja di sebuah restoran tanpa diberi gaji,dikurung dalam bilik di luar waktu bekerja

Bagaimana untuk mengurangkan risiko diperdagangkan
*Jangan menerima tawaran pekerjaan drp ejen2 pekerjaan yang tidak berdaftar;
*Pastikan ejen2 pengambilan pekerja telah diberi kuasa sah oleh bakal majikan/Kerajaan utk merekrut pekerja;
*Minta dan simpan salinan kontrak pekerjaan dari majikan;
*Jangan serahkan paspot/kad pengenalan diri kepada ejen atau majikan;
*Elakkan kemasukan tanpa izin ke negara

Sebagai masyarakat yang perihatin,kita hendaklah sentiasa mengambil tahu mengenai keluarga,rakan rakan,jiran jiran dan masyarakat disekeliling...sekiranya kita mengetahui atau mengesyaki sebarang aktiviti pemerdagangan orang telah berlaku,sila laporkan di balai polis berdekatan atau hubungi 999

Badan2 yang boleh dihubungi untuk mendapatkan perlindungan;
*Hubungi Talian Nur (15999)
*Hubungi TENAGANITA Actionline (0123350512/0123395350)
*Hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (03-7957 5636/0636)
*Hubungi SUHAKAM
TING.29,MENARA TUN RAZAK,
JLN RAJA LAUT,
50350 KUALA LUMPUR
TEL;+603-2612 5600

Saturday, November 6, 2010

Mengenai PERKEP

SEJARAH PERKEP
Inspirasi penubuhan Persatuan Keluarga Polis atau nama ringkasnya PERKEP lahir atas dasar inginkan kaum wanita maju dan meraih apa yang tertinggal selama ini, dengan keahlian lebih kurang 80,000 orang di seluruh Malaysia, persatuan ini terus berdiri tegap dan mantap sehingga ke hari ini.

Menyingkap kepada sejarah penubuhannya di mana persatuan yang pada asalnya dikenali sebagai ‘Perkumpulan Kaum Ibu Polis’ (Women Police Institute) buat pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat pada 26 julai 1967 yang dipengerusi oleh Y.Bhg. Tan Sri Hj. Hussain B. Hj. Mohd. Sidek, Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu. Hasil dari itu satu Perintah Pasukan dikeluarkan pada 20 Oktober 1967 (Force Order 447/67) memaklumkan pada semua Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah berkenaan dengan penubuhan persatuan wanita ini di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur dan menyatakan juga undang-undang berkenaan penubuhannya.

Ekoran dari itu pada 3 Ogos 1968 satu lagi mesyuarat diadakan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Saodah isteri kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Salleh B. Ismail, Ketua Polis Negara ketika itu bertempat di Bilik Gerakan lama Ibu Pejabat Polis Jalan Bluff, Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah isteri-isteri Ketua Polis Negeri dan isteri-isteri PJP Sabah dan Sarawak. Di dalam mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai iaitu memberi nama baru bagi persatuan.

Bermula dari sinilah Persatuan Keluarga Polis atau singkatannya PERKEP mendapat nama. Natijah dari itu PERKEP didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. R.S.M. 779/68(6) PPP/SEL. 197/68) dengan diterajui oleh Pengerusi-Pengerusinya yang berkaliber yang menjadi asas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan hingga ke hari ini.
LAGU PERKEP

PERKEP Polis Diraja
Bersatu maju dan jaya
Membentuk ibu sentiasa
Melahirkan cita-cita

Bersama berganding tangan
Hidupkan ikrar laungan
Berikan semangat perjuangan
Kepada wira pahlawan

Halus bagaikan sutera
Membelai tangis anaknya
Itulah perjuangannya
Bersama kita nikmatinya

Majulah PERKEP sentiasa
Gerakan hati dan jiwa
Bersusaha maju jaya
Untuk kita bersama


LOGO, BENDERA DAN LENCANA.



Maksud Logo
Sebuah Persatuan, yang bernaung di bawah pentadbiran Polis Diraja Malaysia dengan ahli-ahli yang terdiri dari berbagai bangsa dan peringkat bersatu padu dalam suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah, bergerak dengan semangat dan azam untuk menuju ke arah kemajuan untuk kepentingan dan faedah ahli-ahli serta keluarga dan sealiran dengan itu turut mengharumkan nama Polis Diraja Malaysia.

Penjelasan Logo:

Bunga Melambangkan :
i) Wanita dan kewanitaan
ii) Keharuman dan keindahan yang memberi pengertian yang baik dan berfaedah.

Bentuk Bulat Melambangkan :
i) Perpaduan
ii) Semangat serta azam yang padu dan kukuh.

Bentuk Orang.:
Saiz dan warna yang berbeza dalam bentuk ini melambangkan ahli-ahli dari berbagai kaum dan peringkat.

Bentuk Rumah :
Melambangkan suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah.

Warna Putih :
Melambangkan ketulusan keikhlasan kaum wanita serta keluarga menyokong karier di dalam pasukan.

Bendera dan Lencana :
PERKEP akan menggunakan bentuk logo berkenaan sebagai motif bendera dan lencana bagi semua urusan dalam mencapai objektif PERKEP.
KEAHLIAN

AHLI BIASA
Keahlian adalah terbuka kepada semua isteri Pegawai Polis, Pegawai Polis Wanita, Isteri Anggota Polis, Anggota Polis Wanita, Isteri Pegawai Awam dan Pegawai Awam Wanita di dalam perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia. Mereka adalah layak untuk mengundi dan memegang jawatan.

AHLI KEHORMAT
Keahlian adalah terbuka melalui permohonan bertulis dari kalangan ahli biasa yang telah bersara daripada perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia, tetapi tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pusat. Jawatankuasa Pusat boleh mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa sebab. Ahli Kehormat adalah layak menggunakan semua kemudahan di dalam PERKEP, tetapi tidak layak untuk mengundi atau memegang jawatan.

AHLI BERSEKUTU
Keahlian adalah terbuka melalui permohonan bertulis dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pusat. Kepada anak-anak perempuan ahli-ahli biasa, yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas. Mereka adalah layak menggunakan semua kemudahan di dalam PERKEP, tetapi tidak layak untuk mengundi dan memegang jawatan.



TATACARA PEMAKAIAN BAJU PERKEP
DAN CONTOH AKSESORI

Friday, November 5, 2010

Banjir Di Kedah


banjir besar di kedah..........sawah padi menjadi lautan......lebuh raya menjadi terusan........kereta menjadi apungan......pesta air berakhir dengan tangisan.......kematian yang memilukan.......

Selamat Menyambut Deepavali

kepada semua ahli yang beragama hindu selamat merayaakan Deepavali pada tahun ini.......... (tapi di kedah banjir teruk sabar lah menempuh dugaaan)