Monday, October 22, 2012

PERTANDINGAN MENEMBAK PERKEP KONTINJEN PERAK

     Inilah tuahnya menjadi isteri polis boleh juga merasa bagaimana menembak menggunakan pistol..revolver...Pertandingan tersebut telah diadakan pada 20 Oktober 2012 di Lapangsasar Padang Tembak. Semua daerah telah mengambil bahagian. Juaranya.......wah hebat sekali dari daerah Grik sehingga mendapat pujian dari Dato KP sendiri. Yang paling hebat, mereka berjaya mengalahkan team dato KP dalam acara menembak plate....Tahniah Grik. Team PSP 5 tidak kurang hebatnya walaupun tidak menang....kami tetap memberi saingan yang hebat juga ......mungkin tahun depan boleh menang dengan latihan yang lebih ...siapa tahu!   tahniah pada Rahida, Ani, Shuhaida, Linda kerana semangat yang amat tinggi.......apa2 pun kita tetap enjoy kan....rupa2 nya menembak ni amat seronok sekali......entah bila pula dapat menembak lagi ye........

    Pada malamnya majlis santai bersama Datin Uminajah sempena meraikan hari lahirnya telah diadakan dengan bagitu meriah sekali. Perkep PSP 5 turut mengadakan persembahan 2 buah tarian yang bagitu menarik......terima kasih semua kerana memberi kerjasama.....



MAJLIS SANTAI BERSAMA PENGERUSI PERKEP KDNKA

     Pada 6 Oktober seramai 6 orang ahli Perkep PSP Unit 5 turut menyertai majlis bersantai bersama Pengerusi Perkep Jab KDNKA YBHG Datin Wira Puziah bte Bahari bertempat di Mess Pegawai Kanan PSP KL. Wakil Perkep dari seluruh Jab KDNKA telah dijemput hadir untuk bersantai dan berkenalan lebih dekat sesama ahli dari seluruh negara. Memang enjoy and happening habis........

     Pada hari Jumaat 5hb Oktober telah diadakan kursus celik kewangan......kami didedahkan tentang pengurusan kewangan dan bijak melabur. Memang menarik dan berfaedah sekali....

Datin Wira Puziah manis dan berseri......

Cenderahati dari Pengerusi Perkep PSP Malaysia Puan Zaiton unt Datin Wira Puziah

Antara tetamu...Puan Rusita...PSP Penang

Puan Betty..... PSP Johor

Siapa Ya......muka2 glamour PSP 5 Ipoh

Dah kenyang ke Wasitah and Ina.....

Bersama Datin Norhayati ...kawan lama....


Sessi pagi...siap sedia nak berkursus di Maktab PDRM Cheras

KURSUS URUTAN

     Kursus Urutan traditional anjuran Perkep Malaysia telah diadakan pada 4hb Oktober hingga 7hb Oktober bertempat di Hotel Syuen. Psp telah menghantar 5 orang peserta untuk mengikuti kursus tersebut. Memang menarik dan berfedah kerana.....tentu sekali dapat menambah pendapatan dan menjadi usahawan ..........





Tahniah! semuanya memang berbakat... kita dah ada tukang urut sendiri ye......

AKTIVITI BULAN SEPTEMBER DAN OKTOBER

     Assalamualaikum semua.....lama benar rasanya tidak menulis disini....kerana kekangan waktu...kesibukan yang tak berkesudahan.....tapi aktiviti tetap berjalan. Diam ubi tetap berisi juga. ma\\Masa bagitu cepat berlalu....Hari Raya Haji menjelang tiba. Untuk semua selamat menyambut AidilAdha disamping menghayati apa itu korban.......

Puan Syima.....dimana kan kami cari ganti serupa dengan mu! Sentiasa memberi sokongan disetiap aktiviti....









     Dibulan September kita telah berpisah dengan AJK Biro Sukan yang amat kita sayangi.....seorang yang lemah lembut budi bahasanya...Puan Nasimah Ahyat yang mengikut suami bertukar ke Bukit Aman. Semoga beliau lebih berjaya disana dan meneruskan sumbangan nya demi kemajuan Perkep.