Tuesday, December 31, 2013

SEPANJANG JALAN KENANGAN...2013

Lawatan ke Pulau pangkor bersama2 Pengerusi2 Daerah


Bersama Datin Noraida....Batu Bersurat Pangkor


Hebat- Pertandingan menembak 5 penjuru NOV 2013


Lawatan Kerumah Orang Tua2 Jelapang


cenderahati dari CO

Menyanyi penuh perasaan

Mesranya dengan pak cik .......ade ape22 ke Ani &Rahida

Uztaz Syah & crew lawatan

Persembahan nasyid dari Perkep--Lawatan kePUSAT JAGAAN TITIAN ABADI
kenangan yang tak dpt dilupakan- mkn bersama,nyanyi bersama..sedih disaat berpisah, teringat ibu bapa sendiri.....

SELAMAT TAHUN BARU 2014

     Selamat Tahun Baru untuk semua....semoga tahun ini membawa tuah dan rahmat...penuh keberkatan..Lupakan segala kenangan pahit dan segala kenangan kurang manis di tahun 2013...mari kita mulakan tahun baru dengan senyuman dan semangat membara. Hidup ini umpama roda, kita tidak tahu nasib kita sama ada diatas atau dibawah. Panjatkan doa selalu agar semuanya dibawah lindungan Allah....apa gunanya kemewahan jika hidup penuh keluh kesah tanpa ketenangan. Hidup hanya menharapkan redha Allah dan dijalan yang lurus. Menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia sama pentingnya. Tanpa salah satunya akan menjadikan hidup ini pincang. Segalanya untuk kebahagian dunia dan akhirat.......Amin

Saturday, December 21, 2013

GAMBAR KENANGAN 2013

Aktiviti kumpulan Marhaban-inilah ustazah2 nya

Persembahan diKampar Perak

Cukur jambul cucu my dear friend Matron Norizan










Majlis perpisahan @Syuen Hotel



Amboi2...gayaserupa model ya ibu2....he he he 

Lawatan ke Pameran kraf tangan @Maydin Meru









Siapa ini???? Teruna pujaan ku he he he ..jan maree.nostalgia

DIAMBANG 2014

     Tiba-tiba saja baru tersedar tahun baru 2014 bakal tiba...lagi 10 hari ..mcm tak percaya bermakna umur kita bertambah setahun lagi. Begitu cepat masa berlalu..tahun demi tahun terus berjalan tanpa henti. Kadang2 tertanya2 apa yang sudah ku-lakukan sepanjang tahun ini? Apa kebaikan yang sudah dilakukan berbanding kerja yang sis-sia yg tidak berfaedah langsung pada diri dan masyarakat. Fikir2kan lah........ Setiap hari bila celik saja mata bersyukur pada yang esa kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati hidup ini. Nikmat kesihatan yang tidak ternilai dengan wang ringgit....fitrah manusia ,kita hanya menghargai sesuatu bila ia sudah tiada. Bila kita diuji baru sedar...dimana salah kita...
     Untuk semua selamat Tahun Baru diucapkan....semoga tahun ini membawa harapan baru yang lebih indah yang memberi kebaikan untuk semua. Tahniah untuk ahli perkep yang dapat ahli baru dalam keluarga tidak kira dapat baby atau menantu.....semoga dimurahkan rezeki semuanya. Setiap dugaan ada cabaran dan setiap cabaran akan dapat diatasi dengan kesabaran. Jumpa lagi......jika diberi kelapangan

Saturday, May 11, 2013

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

     Assalamulaikum semua......
Tentu ada sebabnya begitu lama tiada bingkisan disini......maklum saja segala yang berlaku adalah dengan kehendak Nya jua. Syukur kerana negara kita masih aman selepas pilihan raya yang penuh dengan debaran....walaupun disana sini ada perhimpunan dari mereka yang tidak puas hati....yang sengaja mencabar kewibawaan polis. Tahniah pada rakyat yang masih bijak membuat pilihan.....sama-sama berdoa semoga negara tetap aman selamanya.
     Bulan Mei banyak sambutannya...bermula dengan hari Buruh pada 1 Mei, Hari Ibu dan hari Jururawat pada 12 Mei,diikuti dengan hari Guru pada 16 Mei.....selamat semuanya. Kita masih dapat meraikan dengan gembira sebab kita 1 Malaysia.
     Takziah diucapkan pada keluarga Puan Ayu trup C kerana pemergian ibunya kerahmatullah pada 11 Mei..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman - Amin. Disamping berita sedih ada berita gembira dengan kelahiran seorang putera dari pasangan Ayu dan Fakarudin. Tahniah diucapkan.
     Tunggu gambar-gambar kenangan yang akan dimuatkan nanti........Tungguuuuu

Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

     Assalamualaikum semua ahli Perkep,
     Tahun 2012 sudah melabuhkan tirainya...terasa amat pantas sekali masa berlalu...baginilah keadaannya diakhir zaman. Marilah bersama-sama kita menyambut tahun baru dengan semangat baru tidak kira lah apa azam anda...yang penting jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Sama-sama lakukan yang terbaik yang dapat memberi faedah pada semua....tinggalkan jasa yang akan menjadi sebutan dan kenangan bila kita dah tiada lagi disini.
     Banyak yang kita lakukan untuk tahun 2012 dan diharap tahun ini kita akan lakukan dengan lebih baik untuk faedah semua. Cadangan dari anda semua amat di alu-alukan untuk kebaikan bersama...dan sediakan usul-usul bernas untuk mesyuarat agung kita pada 19 hb nanti dan penuhkan dewan ya untuk tahun ini. Kerjasama dari semua amat diharapkan..tanpa sokongan anda Perkep tak akan kemana. Ingat lah bersatu kita teguh, bercerai akan roboh lah semuanya. Sekian

Sunday, December 23, 2012

PERTANDINGAN MENEMBAK 5 PENJURU

     Pada 14 December yang lepas telah diadakan pertandingan menembak 5 penjuru anjuran Perkep Kontinjen Perak diantara pasukan Istana, Baiduri, Bakat, Puspanita dan Perkep. Pertandingan berlangsung penuh meriah dengan semangat kesukanan....dirasmikan oleh DYTM Raja Puan Besar Perak. Perkep mendapat naib johan dalam acara berkumpulan dan tempat ketiga dalam acara Falling plate berpasukan. Pasukan Istana mendapat johan dalam acara individu dan berpasukan. Tahniah diucapkan terutama pada DYTM Raja Puan Besar yang bagitu mahir menembak. Pasukan2 lain juga memberi saingan sengit..masing2 berlumba-lumba mendapatkan mata tertinggi.

Pasukan Perkep bersama Datin Seri Saripah dari pasukan Baiduri




Dato Shukri memberi ucapan tahniah pada Perkep